gambar hiasan |
Dia adalah seseorang,
Seseorang yang sangat tabah dan merupakan legenda
yang disegani,
Dia adalah seorang tabib dan juga seorang guru,
tetapi tugasnya adalah lebih besar daripada tabib dan guru,
Dia adalah maharaja dan juga hamba semasa era
pemerintahannya,
Apabila berlaku peperangan dia akan turut merasa
kepedihan dan kesakitan yang dirasai oleh rakyatnya,
Semasa ia hidup gunung ganang akan terpacak
menghiasi dunia,
Tetapi apabila ketiadaannya limpahan sungai akan
membanjiri gunung ganang sehingga tenggelam dari penglihatan...
siapakah
orangnya?
Baca dan fahamilah perkataan di setiap baris. Kerana terdapat maksud tersirat yang terkandung di dalam setiap baris ayat...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
JAWAPAN
Baca dan fahamilah perkataan di setiap baris. Kerana terdapat maksud tersirat yang terkandung di dalam setiap baris ayat...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
JAWAPAN
Dia adalah seseorang,
Seorang insan yang bernama manusia.
Seseorang yang sangat tabah dan merupakan legenda
yang disegani,
Sentiasa tabah mengharungi kerenah anak2 dan jasanya akan sentiasa
dikenang oleh anak2nya.
Dia adalah seorang tabib dan juga seorang guru,
tetapi tugasnya adalah lebih besar daripada tabib dan guru,
Tanggungjawabnya adalah sangat besar kerana ia akan sentiasa
memastikan anak2 dalam keadaan yang sihat dan mendapat pendidikan yang
sepatutnya. Seorang ibu tidak akan membiarkan anak2nya sakit begitu sahaja,
insan ini sanggup menjaga anak yang dikasihi sehingga sanggup tidur disisi
anaknya dan kerana kasih dan sayangnya insan ini telah kehilangan selera
makannya disebabkan susah hati melihat keadaan anak2nya. Ya tugas seorang ibu
adalah lebih besar daripada guru kerana dengan bimbingan yang penuh kasih
sayang si anak telah dididik menjadi seorang insan yang berguna di mata
masyarakat.
Dia adalah maharaja dan juga hamba semasa era
pemerintahannya,
Seorang ibu akan mengarahkan anaknya membuat sesuatu dengan tujuan
mendidik (Maharaja) dan juga akan sentiasa menjaga makan pakai anaknya, dan
memenuhi kehendak si anak selagi termampu (Hamba).
Apabila berlaku peperangan dia akan turut merasa
kepedihan dan kesakitan yang dirasai oleh rakyatnya,
Krisis yang terjadi atau pun masalah yang dihadapi oleh anak2 akan
turut dirasai oleh seorang ibu yang sentiasa inginkan kebahagian anak2nya.
Semasa ia hidup gunung ganang akan terpacak
menghiasi dunia,
Semasa seorang insan bernama ibu masih bernafas di muka bumi ini,
dunia anak2 akan dipenuhi pelangi dan pelbagai cahaya kegembiraan.
Tetapi apabila ketiadaannya limpahan sungai akan
membanjiri gunung ganang sehingga tenggelam dari penglihatan.
Akan tetapi apabila insan bernama ibu menutup matanya untuk bertemu
sang pencipta, anak2 akan menangisi pemergian insan ini sehingga pelangi dan
cahaya kegembiraan ditelenggami oleh linangan air mata...
Siapakah orangnya?
Dia adalah seorang insan yang kita kenali sebagai Ibu, Mama, Emak,
Umi, Mother, Maharani, Bonda dan pelbagai lagi gelaran yang diberikan.
Bagus lah... huhu
ReplyDeleteTebaik... :)