Pirates of the Caribbean |
Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan
Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh
dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama
yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang
lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai
watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi
watak utama untuk siri-siri seterusnya.
Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari
bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun
terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah
menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.
Dilahirkan sebagai Jack Ward
Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham,
Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang
nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan
laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut
berkaliber suatu hari nanti.
Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkanletter of marque untuk
menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan
sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa
kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.
Queen Elizebeth I |
Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta.
Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England
tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian
dengan Kerajaan Sepanyol.
Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang
bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu,
Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi
nelayan.
Menjadi Lanun
Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30
orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack
kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia
kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan
para lanun.
Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun
sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang
dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik
ke Isle of Wight.
Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang
lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh
dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.
gambar hiasan |
Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey
Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman
dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan
perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan
ummah dan kecenderungan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey
bersetuju.
Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah, Simon Dangizer (Simon Reis) dan Jan Jansz (Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.
Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya
dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh
Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di
Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew
adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.
Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut
sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk
mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak
berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.
Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana
berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi
pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.
Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami
Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya
menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini
turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah
memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia.
Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan
Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya
kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.
Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi
daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau
kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.
Selanjutnya..Jihad
Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk
arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan
kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim
daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan
menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang
ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah
Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki
berpakaian.
Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi,
rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap
dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan
masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak
melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak
Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.
gambar hiasan |
Kembali ke rahmatullah
Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas
menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam
beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya,Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.
Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean
Sudah nama pun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem.
Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang
dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean dilihat
memakai aksesori bulan dan bintang (simbol Islam), kain lilit kepala
berwarna merah (menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan
janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).
Johnny Depp sebagai Jack Sparrow |
gambar bulan dan bintang |
Perhatikan lambang bulan dan bintang.
wauu nice infoo..ohh..baru tahu..keke
ReplyDeleteigtkan artis tu yg islam..