Pages

Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Monday, 25 June 2012

Kenali Pengasas Makanan Dunia

1. KFC 1955 - Amerika Utara
Kolonel Harland Sanders ( 1890 )
2. Nestle 1866 – Germany

Henri Nestle (1814 – 1890)
3. Pepsi 1890 – USA 
Caleb Davis Bradham (1867 – 1934)
4. Lipton 1908 – UK
Sir Thomas Sullivan Lipton (1848 – 1931)
5. Ferrero Rocher 1946 – Italy
Pietro Ferrero
6.  Kellogg’s 1906 – USA

W.K. Kellogg (1860 – 1951)
7. Coca-cola 1888 – USA
John Pemberton (1831 – 1888)
 8. Mac McDonald's 1953 - California
Dick dan Mac McDonald
 sumber

Sunday, 24 June 2012

Tunnel of Love (Kleven/ Ukraine)

Gambar-gambar kat bawah ni sebenarnya terowong kereta api. Terowong ni digelar Terowong Cinta (Tunnel of Love) dan ianya terletak di Kleven,Ukraine. Tempat ni memang betul-betul macam dalam cerita dongeng. Percaya atau tidak tempat nie memang betul-betul wujud.
Tunnel of Love 1
Tunnel of Love 2
Tunnel of Love 3


Tunnel of Love 4
Tunnel of Love 5
Tunnel of Love 6
Tunnel of Love 7

Saturday, 23 June 2012

Inilah Rompakan Terbesar Paling Berjaya

terowong yang digali untuk rompakan
Berlaku di Banco Central, Fortaleza BRAZIL pada 6 dan 7 Ogos 2005. Bank tersebut kehilangan lima kontena berisi wang not 50 yang jumlah keseluruhannya mencapai USD70.1 juta!.

Wang-wang tersebut adalah wang terpakai (nombor siri pada wang not tersebut bercampur-campur tidak mengikut nombor siri). Mustahil untuk polis untuk mengesan kembali penggunaan wang hasil rompakan terseut. Bank tersebut adalah bank yang membekalkan wang ke institusi bank lain di seluruh Brazil.

Modus Operandi

Tiga bulan sebelum rompakan, ahli rompakan ini menyewa satu tanah kosong berhampiran dengan bank dan menggali lubang dari lot tanah yang mereka sewa itu terus ke bawah bank sejauh 78 meter. Mereka juga telah mengubahsuai rumah yang mereka sewa itu dan buat sebuah papan tanda yang kononnya mereka menjalankan bisnes berkaitan lanskap,menjual tanah, pokok dan rumput. Mengikut jiran-jiran tetangga mereka kesemuanya seramai enam ke sepuluh orang.
Setiap hari mereka akan mengeluarkan tanah sebanyak mungkin dengan menggunakan van. Aktiviti mereka ini tidak menimbulkan syak wasangka dari jiran kerana merasakan yang aktiviti mengeluarkan tanah ini merupakan sebahagian dari aktiviti perniagaan menjual tanah.

Mereka menggali terowong sedalam 4 meter dan keluasan terowong itu sebesar 2.3 kaki dan lengkap dengan kemudahan lampu dan penghawa dingin. Lantai pula ditutupi dengan kayu dan plastik.

Pada minggu terakhir sebelum rompakan, mereka telah memecahkan dinding kebal yang diperbuat dari besi padu setebal 1.1 meter untuk masuk ke dalam bilik kebal. Wang yang mereka rompak itu bernilai USD70.1juta dan seberat 3500 kg!.

Siasatan telah dibuat dan polis mendapati para perompak ni terdiri daripada pakar matematik, jurutera dan galian. Mereka telah menggali semenjak bulan Mac 2005 yang lalu. Rumah yang mereka gunakan telah diselaputi tepung bagi mengelakkan cap jari dikesan.

Rompakan Keretapi Terbesar Dalam Sejarah ( 1963 )

Bridego Bridge
Bridego Bridge, tempat rompakan berlaku.
The Great Train Robbery adalah nama yang diberikan untuk sebuah rompakan keretapi terbesar dalam sejarah yang berlaku pada 8 Ogos 1963 di Cheddington, Buckinghamshire, England.

Keretapi Royal Mail dari Glasgow ke London dihentikan dengan cara merosakkan isyarat keretapi. Kumpulan yang terdiri daripada 15 orang ahli yang diketuai oleh Bruce Reynolds termasuk Ronnie Biggs, Charlie Wilson, Jimmy Hussey, John Wheater, Brian Field, Jimmy White, Tommy Wisbey, Gordon Goody dan Edwards Buster, berjaya melarikan diri dengan £2,6 juta bersamaan dengan £40 juta (US $ 80 juta) nilai wang pada tahun 2006.

Meskipun tidak ada senjata api yang digunakan dalam rompakan tersebut, beberapa anggota kumpulan telah memukul pemandu keretapi, Jack Mills, di kepala dengan menggunakan batang besi mengakibatkan beliau mengalami trauma akibat kejadian tersebut sepanjang hidupnya.

Semua ahli kumpulan itu telah ditangkap selepas polis menemui cap jari mereka di sebuah rumah persembunyian di Oxfordshire mengakibatkan mereka semua dibicara, dihukum dan dipenjara. Biggs dan Reynolds berjaya melarikan diri dari penjara selepas 15 bulan menjalani hukuman. Charlie Wilson melarikan diri dan tinggal di luar Montreal, Kanada. Wilson hidup bebas hinggalah isterinya membuat kesilapan apabila menelefon orang tuanya di England menyebabkan Scotland Yard berjaya mengesan mereka.

Pada bulan Mei 2001, Biggs yang berusia 71 tahun telah pulang ke England. Dia yang ketika itu menderita stroke menetapkan keinginannya untuk kembali ke England walaupun dipenjarakan.

Kisah Edwards Buster, yang melarikan diri ke Mexico tetapi menyerahkan diri telah diadaptasikan dalam filem Buster pada tahun 1988 yang dibintangi oleh Phil Collins sebagai pelakon utama.

Thursday, 21 June 2012

Lunch On Top OF a Skyscraper

"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932

Info: Gambar ini dirakam ketika sekumpulan pekerja binaan yang bekerja membina bangunan GE di New York sedang berehat sambil makan tengahari diaras 69 bangunan yang sedang dibina itu. Mereka hanya duduk sambil berjuntai kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan diatas 'girder' yang tingginya adalah beratus-ratus kaki dari permukaan bumi.

Jurufoto: Charles C. Ebbets

Bliss

"Bliss" - 2000
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Bliss" - 2000

Info: Gambar ini diambil di Napa County, California. Gambar ini menjadi bertambah popular diseluruh dunia apabila Microsoft Corporation menjadikannya sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan 'wallpaper' dalam produk generasi Windows XP mereka.

Jurugambar: Charles O'Rear

Tank Man Of Tiananmen

"Tank Man Of Tiananmen" - 1989
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Tank Man Of Tiananmen" - 1989

Info: Walaupun gambar ini berjaya menarik perhatian dunia, namun identiti lelaki yang bertindak berani menghalang kemaraan barisan kereta kebal tentera China di Dataran Tiananmen ini tidak pernah diketahui sehingga kini. Kejadian ini berlaku sehari selepas kerajaan China mengambil tindakan keras hingga mengorbankan ribuan nyawa penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah mahasiswa yang mahukan sistem demokrasi dipraktikkan sepenuhnya di China.

Jurugambar: Jeff Widener

Burning Monk

"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963

Info: Thich Quang Duc seorang sami Buddha dari Vietnam membakar dirinya hingga mati disebatang jalan yang sibuk di Saigon. Tindakan nekad itu diambilnya sebagai memprotes tindakan kerajaan Vietnam yang menganiaya sami-sami Buddha.
Beliau mahu Buddha diberikan hak yang sama seperti mana Katholik. Dalam masa yang sama beliau juga mahu sami Buddha dan rahib Katholik diberi hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing. Tahukah anda, semasa tubuhnya dimamah api sami berkenaan langsung tidak menggerakkan badannya? Tubuhnya kekal dalam kedudukan begitu sehingga rentung.

Jurugambar: Malcolm Browne

Omayra Sánchez

"Omayra Sánchez" - 1985
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Omayra Sánchez" - 1985


Info: Nama kanak-kanak dalam gambar ini ialah Omayra Sanchez. Dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa ketika letusan gunung berapi berlaku Nevado del Ruiz, Colombia yang mengorbankan 25,000 nyawa. Omayra telah terperangkap didalam air dan runtuhan sisa konkrit selama 3 hari. Dia meninggal dunia akibat gangren dan hipotermia tidak lama selepas gambar diatas dirakam. Kematian kanak-kanak tersebut mendedahkan tentang kegagalan pihak berkuasa Colombia untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tregedi letusan gunung berapi tersebut.

Jurugambar: Frank Fournier.

sumber

Portrait of Winston Churchill

"Portrait of Winston Churchill" - 1941
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Portrait of Winston Churchill" - 1941
Info: Gambar ini diambil ketika Winston Churchill berkunjung ke Ottawa, Kanada. Gambar ini membuat jurugambar yang merakamkannya menjadi popular dan terkenal dan dianggap sebagai jurugambar potret terbaik pada masa itu. Harga untuk mendapatkan khidmat jurugambar berkenaan turut naik dengan mendadak.
Jurugambar: Yousuf Karsh.

sumber 

Stricken Child Crowling Towards a Food Camp

"Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" - 1994
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" - 1994

Info: Gambar kanak-kanak ini diambil di Sudan ketika negara tersebut dilanda bencana kebuluran. Ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang merangkak menuju ke sebuah pusat bantuan makanan PBB. Seekor burung nasar berdiri berhampiran kanak-kanak berkenaan...menunggunya mati sebelum dimakan. Gambar ini memberi kejutan diseluruh dunia. Tiada siapa yang tahu nasib kanak-kanak berkenaan selepas itu kerana jurugambar yang merakamkannya bertindak meninggalkan tempat berkenaan sejurus selepas mengambil gambar tersebut. Tahukah anda, jurugambar yang merakamkan gambar ini membunuh diri 3 bulan selepas itu akibat tertekan? Mungkin jurugambar ini rasa bersalah kerana tidak membantu kanak-kanak itu. Gambar ini mendapat anugerah Pulitzer.

Jurugambar: Kevin Carter

Fire on Marlborough Street

"Fire on Marlborough Street" - 1975

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Fire on Marlborough Street" - 1975

Info: Akibat panik kerana rumah yang mereka diami terbakar, Diana Bryant mengambil tindakan nekad untuk terjun menyelamatkan diri bersama-sama anaknya yang masih kecil. Dia terbunuh dalam kejadian itu namun anaknya terselamat kerana berjaya disambut oleh anggota bomba yang berada dibawah bangunan berkenaan. Tragedi malang yang menimpa Diana Bryant telah menyebabkan prosuder serta kaedah menyelamat dan memadam kebakaran yang dipraktikkan ketika itu dikaji semula. Gambar ini turut mendapat anugerah Pulitzer.

Jurugambar: Stanley J. Forman