Pages

Monday, 23 July 2012

Khasiat Kurma

buah kurma
Buah Kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium

Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. 

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. 

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. 

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit. 

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. 

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. 

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit. 
 
kurma coklat badam
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini,  sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambah keenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Friday, 20 July 2012

Makna Puasa Ramadhan

gambar hiasan
  1. Makna puasa.
Puasa dalam bahasa arab disebut “shoum” atau “shiyam” . Kata al Raghib: “Shoum” pada asalnya bermakna menahan diri dari perbuatan samada makan, bercakap atau berjalan. Justeru dikatakan kepada kuda yang enggan berjalan atau makan “sho’im” (yang berpuasa). “Shoum” juga digunakan untuk diam atau enggan bercakap.
فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَداً فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيّاً

“ Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini ”. Surah Maryam:26.

Puasa menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk mendapat perkenan Allah swt ).

Sebahagian ulama’ menta’rifkan puasa sebagai : “ menahan diri dari syahawat mulut ( makan dan minum ) dan syahawat kemaluan ( jima’ ) dan yang seumpama keduanya, kerana melawan hawa nafsu dan taat kepada Allah swt di keseluruhan waktu siang, dengan niat sebelum terbit fajar atau bersamanya, pada hari-hari yang bukan hari haid dan nifas atau hari-hari raya.”
Ta’rif lain pula menyebut: ” iaitu beribadat kepada Allah dengan menahan diri dari makan, minum dan segala yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar sehingga tenggelam matahari”.

  2. Makna Ramadhan
Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”.

Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”.

Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.”

Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya”.

  3. Nama-nama bagi bulan Ramadhan.
      a) Bulan sabar.
    Ini berdasarkan hadith ; 

صوم شهر الصبر وثلاثة أيام من كل شهر تعدل صوم الدهر

Sabda Rasulullah saw : “ Berpuasa pada bulan sabar dan tiga hari dari setiap bulan adalah menyamai puasa setahun” 

      b) Bulan al Muawasah ( kasihan belas ).
    Ini berdasarkan hadith ;

وهو شهر المواساة    

    “ Ia adalah bulan berbelas kasihan “.

      c) Penghulu segala bulan.
    Ini berdasarkan hadith ;

سيد الشهور شهر رمضان    

   “ penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan”

      d) Bulan puasa.
    Kata Abu zaid allughawi;
  
أقمت بالبصرة صومين أي رمضانين    

   “ Aku tinggal di Basrah selama dua kali bulan puasa (Ramadhan ).

      e) Bulan Siyahah .
    Berdasarkan tafsir para sahabat antaranya Abu Hurairah, Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA bagi ayat 
    112 : surah attaubah 

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
mereka menyebut;

السائحون أي الصائمون

Assa’ihun adalah orang yang berpuasa.


Ada hadith maudhu’(palsu) diriwayatkan mengenai sebab dinamakan ramadhan iaitu;

عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم سئل عن شهر رمضان فقال : " أرمض الله فيه ذنوب المؤمنين فغفرها لهم "

Dari Aishah ra dari Nabi SAW baginda ditanya tentang bulan ramadhan, lalu baginda saw menjawab : “ Allah membakar padanya dosa orang beriman lalu diampunkan untuk mereka segala dosa-dosa itu.” Diriwayatkan oleh al ashbahani dan al muallimiy menyebut bahawa ianya maudhu’ (palsu).

عن أنس رضي الله عنه ، وفيه : " إنما سمي رمضان لأنه يرمض الذنوب "

Dari Anas ra pula meriwayatkan satu hadith yang antara kandungannya: “ Sesungguhnya dinamakan Ramdan kerana ianya membakar dosa-dosa”. Diriwayatkan oleh al ashbahani dan ibnu Mardawaih pada sanad ada perawi pembohong.

sumber

Thursday, 19 July 2012

Fasa-fasa dari segi pemakanan bagi puasa yang berjaya

gambar hiasan
Fasa-fasa pemakanan bagi puasa Ramadhan

Fasa pertama (2-3 hari pertama)
Perut cepat terasa lapar, badan cepat letih, mungkin juga akan cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah yang rendah

Fasa kedua (3-10 hari berikutnya)
Kurang selera makan, mudah gelap mata, nafas berbau, lidah mudah menjadi kering manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga (hari ke-10 hingga akhir puasa)
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.
Pada fasa ini, tubuh badan sudah biasa dengan perut tanpa makan di siang hari. Pada fasa ini juga mental, emosi dan tubuh fizikal semakin optimum dan diri seolah menjadi orang baru.

Untuk pengetahuan pembaca keadaan puasa sebegini hanya akan dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur. Proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Sunday, 15 July 2012

Jack Sparrow adalah Lanun Muslim

Pirates of the Caribbean
Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.

Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.

Dilahirkan sebagai Jack Ward
Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkanletter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.
Queen Elizebeth I
Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.

Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.

Menjadi Lanun

Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.

Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.

Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.
gambar hiasan
Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey

Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderungan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.

Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah, Simon Dangizer (Simon Reis) dan Jan Jansz (Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.
 
Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.

Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.

Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.

Memeluk Islam

Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.

Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.

Selanjutnya..Jihad

Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.

Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.
gambar hiasan
Kembali ke rahmatullah

Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya,Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.

Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean

Sudah nama pun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang (simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah (menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).
Johnny Depp sebagai Jack Sparrow

gambar bulan dan bintang
Perhatikan lambang bulan dan bintang.

Thursday, 12 July 2012

Bunga Ros peningkat daya ingatan

bunga ros

Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros. Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau bunga ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan bunga ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan bunga ros. Setelah penelitian dan kajian dilakukan didapati keputusannya adalah, dengan bauan bunga ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau bunga ros.

Wednesday, 11 July 2012

10 ikan terpantas di dunia

1. Sailfish (Istiophorus Platypterus) juga dikenali sebagai Ikan Layaran, merupakan ikan yang terpantas di dunia iaitu kelajuan renangannya boleh mencapai sehingga 110 km/j dan ada juga mengatakan kelajuannya mampu mencapai sehingga 112km/j.
Sailfish (Istiophorus Platypterus)
2. Striped Marlin (Tetrapturus audax) merupakan ikan kedua terpantas di dunia, kelajuan renangannya boleh mencapai sehingga 80 km/j.
Striped Marlin (Tetrapturus audax)
3. Wahoo or Peto or Jack Mackerel (Acanthocybium solandri)
mencatatkan rekod kelajuan renangan 77 km/j.

Wahoo (Acanthocybium solandri) 
4. Southern blue fin tuna (Thunnus maccoyii) 
mencatatkan rekod kelajuan renangan 76 km/j.

Southern blue fin tuna (Thunnus maccoyii)
5. Yellow fin tuna (Thunnus albacares)
mencatatkan rekod kelajuan renangan 74 km/j.

Yellow fin tuna (Thunnus albacares)
6. Blue shark (Prionace glauca)
mencatatkan rekod kelajuan renangan 69 km/j.

Blue shark (Prionace glauca)
 7. Bonefish (Albula vulpes)
mencatatkan rekod kelajuan renangan 64 km/j.
Bonefish (Albula vulpes)
8. Swordfish (Xiphias gladius)
mencatatkan rekod kelajuan renangan 64 km/j.
Swordfish (Xiphias gladius)
9. Tarpon or ox-eye herring (Megalops cyprinoides)
mencatatkan rekod kelajuan renangan 56 km/j.
Tarpon or ox-eye herring (Megalops cyprinoides)
10. Tiger shark (Galeocerdo cuvier)
mencatatkan rekod kelajuan renangan 53 km/j.
Tiger shark (Galeocerdo cuvier)
sumber

Wednesday, 4 July 2012

Tahukah anda 4

gambar hiasan
1. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

2. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

3. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

4. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

5. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Tuesday, 3 July 2012

Tahukah anda 3

gambar hiasan
1. Tanduk atau sumbu, badak sumbu bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

2. Orang perancis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia.

3. Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.

4. Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia.

5. Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.

Teka Teki Zaman Berzaman


gambar hiasan
 Dia adalah seseorang,

Seseorang yang sangat tabah dan merupakan legenda yang disegani,

Dia adalah seorang tabib dan juga seorang guru, tetapi tugasnya adalah lebih besar daripada tabib dan guru,

Dia adalah maharaja dan juga hamba semasa era pemerintahannya,

Apabila berlaku peperangan dia akan turut merasa kepedihan dan kesakitan yang dirasai oleh rakyatnya,

Semasa ia hidup gunung ganang akan terpacak menghiasi dunia,

Tetapi apabila ketiadaannya limpahan sungai akan membanjiri gunung ganang sehingga tenggelam dari penglihatan...

siapakah orangnya?

Baca dan fahamilah perkataan di setiap baris. Kerana terdapat maksud tersirat yang terkandung di dalam setiap baris ayat...
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
JAWAPAN


Dia adalah seseorang,
Seorang insan yang bernama manusia.

Seseorang yang sangat tabah dan merupakan legenda yang disegani,
Sentiasa tabah mengharungi kerenah anak2 dan jasanya akan sentiasa dikenang oleh anak2nya. 

Dia adalah seorang tabib dan juga seorang guru, tetapi tugasnya adalah lebih besar daripada tabib dan guru,
Tanggungjawabnya adalah sangat besar kerana ia akan sentiasa memastikan anak2 dalam keadaan yang sihat dan mendapat pendidikan yang sepatutnya. Seorang ibu tidak akan membiarkan anak2nya sakit begitu sahaja, insan ini sanggup menjaga anak yang dikasihi sehingga sanggup tidur disisi anaknya dan kerana kasih dan sayangnya insan ini telah kehilangan selera makannya disebabkan susah hati melihat keadaan anak2nya. Ya tugas seorang ibu adalah lebih besar daripada guru kerana dengan bimbingan yang penuh kasih sayang si anak telah dididik menjadi seorang insan yang berguna di mata masyarakat.

Dia adalah maharaja dan juga hamba semasa era pemerintahannya,
Seorang ibu akan mengarahkan anaknya membuat sesuatu dengan tujuan mendidik (Maharaja) dan juga akan sentiasa menjaga makan pakai anaknya, dan memenuhi kehendak si anak selagi termampu (Hamba).

Apabila berlaku peperangan dia akan turut merasa kepedihan dan kesakitan yang dirasai oleh rakyatnya,
Krisis yang terjadi atau pun masalah yang dihadapi oleh anak2 akan turut dirasai oleh seorang ibu yang sentiasa inginkan kebahagian anak2nya.

Semasa ia hidup gunung ganang akan terpacak menghiasi dunia,
Semasa seorang insan bernama ibu masih bernafas di muka bumi ini, dunia anak2 akan dipenuhi pelangi dan pelbagai cahaya kegembiraan.

Tetapi apabila ketiadaannya limpahan sungai akan membanjiri gunung ganang sehingga tenggelam dari penglihatan.
Akan tetapi apabila insan bernama ibu menutup matanya untuk bertemu sang pencipta, anak2 akan menangisi pemergian insan ini sehingga pelangi dan cahaya kegembiraan ditelenggami oleh linangan air mata...

Siapakah orangnya?
Dia adalah seorang insan yang kita kenali sebagai Ibu, Mama, Emak, Umi, Mother, Maharani, Bonda dan pelbagai lagi gelaran yang diberikan.

 

Monday, 2 July 2012

Tahukah anda 2

gambar hiasan
1. Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar".

2. Pada tahun 1984 peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan.

3. Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia yang berkeluasan 7,050,000 kilometer persegi.

4. Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.
bendera negara Nepal

5. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.