buah kurma |
Buah Kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix.
Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai
seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti
kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein
di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0
hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara
semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai
fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa
tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu
oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai
tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih.
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan
berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan
terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan
yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga
serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar
kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi
pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat
tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak
dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem
saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang
dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi
jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis
yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding.
Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur
telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian
kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana
kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon
kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon
kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan
serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan
kurma salah satu penawar penyakit.
kurma coklat badam |
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambah keenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
sedap nyaaa abg kurma ni... nak mintak siket boleh... :D
ReplyDeleteslm
ReplyDelete