Pages

Monday, 24 December 2012

Kem Tentera Bawah Tanah Terbesar di Dunia

Terletak di Sweden, Muskö merupakan kemudahan ketenteraan bawah tanah terbesar di dunia. Ia digunakan sebagai Pangkalan Angkatan Laut Sweden.

musko 1

Info Ringkas:
  • Pangkalan tentera Musko dibina di bawah gunung batu granit, yang dikatakan mustahil untuk dihancurkan oleh meriam, bom penghancur bunker malahan bom berskala nuklear sekalipun.
  • Musko digunakan untuk pembuatan kapal Fregat, Kapal Perosak dan kapal selam mempunyai dermaga terpanjang mencapai 350 meter.
  • Terdapat juga tempat membaiki kapal, kedai makan, berek, mall, bilik mesyuarat dan pelbagai lagi, semuanya di bawah gunung.
  • Selain itu, ia juga mempunyai sebuah hospital khas untuk tentera dengan kapasiti 1000 buah katil.
musko 2

musko 3

musko 4

musko 5

musko 6

sumber

Thursday, 15 November 2012

Tahukah Anda 5

gambar hiasan
  1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.
  2. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
  3. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
  4. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
  5. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
  6. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
  7. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.
  8. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
  9. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
  10. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
  11. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
  12. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
  13. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

Seram Mayat Pulang ke Rumah

Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. 

kejadian berlaku disebuah daerah pedalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut. 

Kisah ini dikongsi oleh seorang forumer tranungkite.net dan tak pasti kenapa mayat tu nak balik ke rumah, mungkin mayat tersebut hilang di hutan.

mayat berjalan (tengah)

10 kisah orang bodoh yang berjaya

1. ALBERT ENSTEIN

albert enstein
Siapa yang tak kenal Albert Einstein? Sehingga kini ramai ilmuan yang terlalu kagum dengan kepintaran luar biasanya yang menyebabkan dia pernah mendapat anugerah Nobel.  

Semasa kecil siapa akan menyangka seorang kanak-kanak yang kelihatan bodoh dan lambat bercakap akan menjadi seorang manusia yang paling pintar di dunia. Siapa yang menyangka kanak-kanak pengidap autisme sepertinya dan sering dimarahi guru kerana selalu lalai dalam pelajaran tapi hingga sekarang orang masih mengkaji bagaimana dia menjadi secerdik itu apabila meningkat dewasa.

2. ADAM KHOO 

adam khoo
Merupakan warga Singapura. Waktu kecil, khabarnya dia suka main video games dan menonton TV. Sehari dia boleh berada berberjam-jam di depan TV tanpa jemu.

Di sekolah Adam Khoo digelar rakan sebagai budak bodoh. Dia pernah disingkirkan dari sekolah kerana keputusan peperiksaannya yang sangat teruk. Kerana tidak ada sekolah yang mahu menerimanya, dia terpaksa masuk ke sekolah yang mempunyai rekod terburuk di Singapura. Kemudian ketika mahu masuk ke sekolah menengah, dia ditolak oleh enam sekolah terbaik di Singapura kerana rekod akademiknya yang buruk.

Kegagalannya dalam akademik tidak melunturkan semangat juang Adam. Dia berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan dari peringkat bawah dengan cita-cita untuk menjadi orang kaya pada usia muda. Usaha bersungguh-sungguh Adam menampakkan hasil kerana ketika berusia 26 tahun dia telah memiliki empat perniagaan raksaksa dengan keseluruhan asetnya bernilai US$20 juta (RM60.21 juta).
 
3. ARISTOTLE ONASSIS

aristotle onassis
Aristotle adalah jutawan perkapalan Greece yang sangat terkemuka dengan kekayaannya yang sangat luar biasa. Di zaman persekolahannya dia dikenali sebagai kanak-kanak lembab di sekolah hingga pernah diusir dari beberapa sekolah. Di sekolah pula dia cuma mendapat tempat tercorot dalam kelas.

Akhirnya melalui usaha kerasnya dalam bidang perkapalan, Aristotle muncul sebagai jutawan terkemuka Greece dengan nilai kekayaan USD 2.1 billion (RM6.32 bilion)

4. THOMAS ALVA EDISON

thomas alva edison
Suatu hari, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang telinganya sedikit pekak dan tak pintar di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secebis kertas dari gurunya. Ibunya membaca kertas tersebut:

"Tommy pelajar yang sangat bodoh di sekolah, kami minta ibu untuk memberitahunya supaya tidak perlu datang lagi ke sekolah ini."


Si
ibu terkedu membaca surat dari sekolah itu, namun hatinya berkata, ”Anak aku Tommy bukan anak bodoh, biar aku sendiri yang mendidik dan mengajar dia.”

Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa anak kecil yang telinganya sedikit pekak dan bodoh juga mempunyai gejala Autisme ini hingga diminta meninggalkan sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang saintis genius. Siapa sangka bila besar Edison muncul sebagai saintis terkemuka dunia yang mencipta lampu, ponograf dan kamera. Jawabannya adalah ibunya. Ibunya Nancy Edison tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah bahawa anaknya bodoh, dia sebaliknya mendidik sendiri Thomas untuk menjadi seorang saintis yang paling genius. Tanpa budak yang separuh pekak ini kita mungkin masih menggunakan lilin untuk menerangi malam yang kelam.

5. CHRIS GARDNER

chris gardner
Christoper Paul Gardner juga tidak dilahirkan sebagai pelajar pintar ketika di sekolah. Kehidupan masa mudanya sangat sukar. Kehilangan tempat tinggal, kerana kemiskinan ditinggalkan isteri dan ditangkap polis kerana dituduh mencuri. Walaupun dihina kerana tidak berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang untuk memadamkan penderitaannya. Kini dia menjadi seorang jutawan tersohor dunia melalui syarikat Gardner Rich & Co, sebuah syarikat perusahaan saham yang terkenal.

6. LUDWIG VAN BEETHOVEN

ludwig van beethoven
Ludwig Van Beethoven berasal dari keluarga miskin. Kerana kemiskinannya, dia sendiri tidak dapat belajar seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika usia Beethoven menghampiri tiga puluhan, telinganya tidak dapat mendengar dengan baik. Siapa sangka Beethoven yang tidak berpendidikan tinggi itu akhirnya muncul sebagai komposer teragung dunia dengan alunan musik kelasik ciptaanya yang sungguh merdu dan dimainkan oleh ahli-ahli musik sehingga kini.

7. LOUIS BRAILLE

louis braille
Louis Braille tidak pernah bersekolah. Pada usia 3 tahun matanya pula buta. Tapi keinginannya untuk menjadi manusia cerdik begitu kuat. Akhirnya dia berjaya mencipta huruf untuk membantu orang buta membaca. Huruf yang diciptanya dikenali sebagai huruf Braille mengambil sempena namanya. Sekarang siapa yang tidak tahu mengenai huruf Braille.

8. ABRAHAM LINCOLN

abraham lincoln
Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yagn benar-benar berani untuk gagal dan akhirnya dapat bangun untuk menebus kegagalannya. Lincoln berasal dari keluarga miskin Amerika dan tidak begitu pintar di awal persekolahannya. Beliau juga penghidap Autisme. Dalam kehidupannya dia sering gagal. Perniagaannya muflis, gagal untuk menjadi anggota Kongres dan pernah bertanding untuk menjadi presiden tetapi gagal.
 
Akhirnya pada tahun 1860 berkat usaha bersungguh-sungguhnya dia dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang paling berjaya dalam sejarah Amerika.

9. BILL GATES

bill gates
Siapa tidak kenal Bill Gates, William Henry Gates III, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates bukanlah seorang yang pintar semasa di awal persekolahannya. Dia memulakan kerjayanya dari peringkat paling rendah sebagai seorang pembantu pejabat (office boy). Cemburu dengan kejayaan rakan-rakannya dia berusaha keras untuk maju dan akhirnya bersama Paul Allen dia menubuhkan rangkaian Microsoft dan muncul sebagai orang terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut (1995 hingga 2007). Jika di negara ini ramai yang pencen sebagai Pembantu Pejabat, tapi Bill Gates dari seorang Pembantu Pejabat menjadi seorang yang terkaya di dunia.

10. MARK ZUCKERBERG
 
mark zuckerberg
Mark juga bukanlah terlalu pintar semas kecilnya. Tapi dia berusaha untuk membaiki kelemahannya hingga dapat melanjutkan pelajarannya di Universiti Harvard. Di Harvard dia mencipta sistem rangkaian yang menghubungkan mahasiswa dan sedikit demi sedikit rangkaian itu dikembangkannya menjadi Facebook. Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook pada harga US$10 juta dan kemudian dari Yahoo yang juga mahu membeli Facebook pada harga US$100 juta.

Kini tiada siapa menjangka Mark yang tidak pintar ketika kecil telah muncul sebagai billioaire tersohor ketika baru berusia 27 tahun.
 
sumber

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula

25 jenama terkenal di seluruh dunia
1. Coca-Cola

Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5 bilion.

2. IBM

Akronim syarikat ini sangat mudah untuk diingati dan sekilas pandang rata-rata akan terus teringatkan sistem komputer di pejabat. Bagaimana pula kisah permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama yang ke dua terkenal antarabangsa pada tahun 2010? Sejarah penubuhan IBM bermula lebih awal sebelum komputer dicipta. Sekitar 1890-an Herman Hollerith telah mencipta peranti elektrik untuk ringkasan maklumat yang kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data perakaunan. Pada hari ini contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah mesin punch card. Hollerith sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik yang hendak diguna pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada tahun 1890. Kejayaan yang dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak kejayaan peranti elektrik ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat berlaku pada tahun 1911. Individu yang bertanggungjawab keatas kejayaan penggabungan dan seterusnya penubuhan IBM bernama Thomas J. Watson Sr.

3. Microsoft

Microsoft menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil untuk berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah virus komputer. Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor di Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 bilion pada hari ini!

4. Google

Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6 bilion. Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkan BackRub. Seterusnya nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googolyang bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya. Pada awalnya Google beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google walaupun merasa tertekan dan mengganggu pelajaran dan pencapaian di universiti. Pada tahun 1998 mereka mendapat bayaran untuk bekerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah seorang rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu. Akhirnya sekitar tahun 1999,Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.

5. GE (General Electric Company)

Pada tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal di Menlo Park, New Jersey untuk mencipta mentol lampu. Banyak lagi produk elektrik yang dicipta beliau dibawah jenama Edison General Electric Company. Kini GE bernilai AS42.8 bilion.

6. McDonald

Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan McDonaldkafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari iniMcDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran. Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman temaDisney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan. Kroc mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu menipu pelanggan setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak dibuka di taman tema Disney.

7. Intel

Pengasas Intel ialah Gordon E. Moore dan Robert Noyce. Jenama ini sekarang dinilaikan sebanyak AS32.0 bilion. Pada tahun 1968, Moore dan Noyce meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk memulakan syarikat mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro. Moore Noyce adalah nama yang pertama digunakan. Kemudiannya menukar nama tersebut kepada Integrated Electronicsatau Intel. Walaupun mengetahui penggunaan silikon adalah mahal, mereka masih meneruskan penggunaan silikon untuk menghasilkan produk yang berlainan. IBM menggunakan cip Intel untuk komputer pada tahun 1981.

8. Nokia

Nokia bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang anak jati Finland telah membina kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun 1865. Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan menghasilkan kertas dengan harga yang murah. Proses ini merupakan suatu revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu. Fredrik memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867. Selepas satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa syarikat,Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. Kini Nokia bernilai kira-kira AS29.5 bilion.

9. Disney

Pada tahun 1923, Walt Disney pada waktu berusia 23 tahun berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun Alice in the Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”.Setelah berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karaktor kartun yang lain. Karaktor Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini Disney mempunyai taman tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion.

10. Hewlett Packard (HP)

Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas Hewlett Packard. David memulakan kerjaya di General Electric Company (GE)manakala Bill meneruskan pengajian di universiti. Pada tahun 1937, David melawat Bill dan berjaya meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk bekerja bersamanya menubuhkan HP. Dalam tahun 1939, produk HP pertama dihasilkan. Salah satu pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang membeli produk HPuntuk membangunkan sistem bunyi yang canggih untuk tayangan popularnya Fantasia! Kini HP bernilai AS26.9 bilion.

11. Toyota

Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk menghasilkan tekstail. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada tahun1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.

12. Mercedes Benz

Dilahirkan di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb Daimler merupakan pengasas Mercedes Benz. Ia bermula pada tahun 1886 apabila Karl mencipta automobil pertama yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang bermotor. Beberapa bulan kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang berlainan menghasilkan jentera empat roda yang bermotorkan enjin Daimler. Mereka tidak menyedari tentang hasil masing-masing. Hanya 40 tahun kemudian Mercedes-Daimlerdilahirkan apabila mereka bergabung. Kini nilai Mercedes-Benzmencecah AS25.2 bilion.

13. Gillette

King Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut perlu membeli penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu, King telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901, penjualan pisau cukur Gillettemeningkat hingga jenama tersebut kini bernilai AS23.3 bilion.

14. CISCO

Leonard Bosack dan isterinya Sandra Lerner mencipta teknologi untuk berkomukasi pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan untuk memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”. Cisco adalah singkatan kepada San Francisco. Kini nilai Cisco mencecah AS23.2 bilion.

15. BMW

Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang kini bernilai AS22.3 bilion dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya adalah hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan pengeluar enjin kapal terbang. Logo BMW adalah lambang kipas kapal terbang. Selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang. Mereka mengalihkan produksi kepada motosikal pada tahun 1923 dan kereta pada tahun 1928.

16. Louis Vuitton

Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion.

17. Apple

Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.

18. Marlboro

Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.

19. Samsung

Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee.

20. Honda

Sejak usia muda Soichiro Honda sangat berminat tentang dunia automobil. Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan membuat reka bentuk baru untuk omboh kereta. Reka bentuk pertamanya ditolak oleh syarikat Toyota. Sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang kemas isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya. Kilang omboh dibuka tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi memusnahkan usaha Soichiro. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol bekurangan dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula. Kemudiannya Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan membina motosikalHonda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.

21. Hennes & Mauritz (H&M)

H&M diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss yang menghasilkan pakaian untuk lelaki.H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut. Kini H&M bernilai AS16.1 bilion.

22. Oracle

Larry Ellison membaca laporan mengenai pengkalan data pada tahun 1970 yang ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah menjentik minda beliau bahawa ada satu peluang besar menanti dalam sistem pengurusan pengakalan data. Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha untuk membangunkan Software Development Laboratories(“SDL”) dengan Bob MMiner dan Ed Oates. Selepas menukar nama syarikat selama tiga kali, Oracle adalah pembekal terbesar perisian untuk dunia perniagaan yang kini bernilai AS14.9 bilion.

23. Pepsi

Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli farmasi dan mempunyai kedai ubat mencipta resipi baru untuk minuman yang dinamakan “Brad’s Drink”. Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi dikatakan boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta meningkatkan tenaga si peminum. Pada tahun 1903, Bradham menukar nama minuman kepada Pepsi -Cola dan memulakan kerja pembotolan di gudang sewaan. Tahun 1909 merupakan satu tahun keramat yang melonjak naik nama Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola adalah minuman yang menyegarkan dan sesuatu yang harus di ambil sebelum beliau memulakan perlumbaan. Namun begitu Bradham mengalami kegagalan dalam perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an sehingga beliau diistihar bankrup. Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan kembali nama Pepsi setelah memperkenalkan saiz botol minuman yang baru. Sehingga kini Pepsi diberi nilai AS14.1 bilion.

24. American Express (AMEX)

Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion.

25. Nike

Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti, Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports(“BRS”). Pada akhir tahun 1963 pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir sekitar tahun 1971 dan bertititik tolak dari waktu itu Knight dan Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nikesempena dewi kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion.

sumber 

Taman Tema Pertama Malaysia - Mimaland (1971-1994)

Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

mimaland 1
mimaland 2
mimaland 3
mimaland 4
mimaland 5
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.

mimaland 6
mimaland 7
mimaland 8
mimaland 9
mimaland 10
mimaland 11

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
  pintu masuk ke dalam taman tema mimaland kini tinggal kenangan
Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..
Antara petikan angker dari forum Cari
salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih.. 

tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…

berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..

 peta mimaland

jalan ke mimaland ini dahulunya sibuk, kini hanya tinggal dalam kenangan dan menyeramkan


inilah wajah pintu masuk ke dalam alam angker pada masa kini


basikal air kini tinggal kenangan


kenderaan yang digunakan oleh taman tema mimaland pada suatu ketika dahulu


kenderaan taman tema mimaland yang sudah usang


pejabat taman tema mimaland yang kelihatan sangat usang dan menyeramkan




 dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas




Info tambahan :
  • Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Tuan Besar (1980), Mekanik (1983),  Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
  • Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation

Wednesday, 14 November 2012

Sejarah Awal Nombor Plat Kereta Di Malaysia

kepelbagaian nombor plat di dunia
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan  kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Sunday, 28 October 2012

20 Fakta Menarik Tentang Lipas

lipas
  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
 sumber

Saturday, 22 September 2012

Fakta-Fakta Menarik Tentang Hang Tuah

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. )[1] Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.

Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato’ Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Siapakah wanita yang bernama Tun Teja ini. Seliau adalah anak kepada Bendahara Pahang pada ketika itu. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah “Tak Melayu hilang di dunia” yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.
 
Fakta-Fakta Menarik Tentang Hang Tuah:

  • Menurut 1 kajian Hang Tuah 5 bersaudara bukannya berbangsa melayu,tetapi berbangsa cina dan berketurunan dari rombongan Puteri Hang Li Poh dan pengikutnya yang seramai 500 orang ke Melaka suatu ketika dahulu. Nama cina mereka ialah Hang Tuah berbunyi Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Hanya Hang Kasturi sahaja yang dikatakan berbangsa melayu pangkal nama Hang oleh kasturi adalah kerana beliau selalu bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po dan digelar Hang Kasturi.
  • Kisah Hang Tuah pernah di bukukan dalam bahasa Inggeris oleh W.G. Shellabear pada tahun 1977 yang bertajuk “The Adventures Of Hang Tuah”
  • Terdapat sebuah perigi di Melaka dinamakan perigi Hang Tuah
  • Terdapat 2 tempat kewujudan kesan tapak kaki di atas batu besar dikaitkan pula dengan sejarah apabila ada dakwaan mengatakan tapak kaki tersebut milik Hang Tuah. Di Tanjung Tuan Port Dickson dan Gunung Datuk Di Rembau.
  • Hang Tuah dikatakan berkebolehan dalam bidang seni tari yang mana dalam satu kisah menerusi hikayat ada dinyatakan bahawa keasyikan melihat Hang Tuah menunjukkan tariannya membuatkan ramai para hulubalang Majapahit leka sehingga terlupa untuk menikam Hang Tuah secara curi
  • Dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Tanjung Kling, namun begitu penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun tidak tahu dimanakah kuburnya.
  • Nama Keris Taming Sari milik Hang Tuah sebenarnya adalah milik seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit yang kalah bertarung dengan Hang Tuah. Pendekar Jawa tersebut bernama Taming Sari.
  • Hang Tuah dan Hang Jebat di ceritakan bertarung selama 7 hari 7 malam, dan akhirnya Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah.
  • Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang bersama-sama Tun Mamat dan beberapa orang lain.Oleh kerana umur yang telah tua untuk ke puncak Gunung Ledang,Dengan itu, tugasnya diserahkan kepada Tun Mamat.
sumber

4 Jenis Makanan Paling Merbahaya Untuk Di Makan

Masakan mempunyai pelbagai cara dan aneka, tak hairanlah ramai yang mencuba sesuatu yang baru termasuk memasak dan memakan sajian yang paling merbahaya untuk dimakan.

Ada beberapa makanan yang boleh dikatakan bahaya untuk dimakan kerana sumbernya memang bahaya jika tersalah makan. Antaranya adalah:

1. Fugu @ Ikan Buntal
ikan buntal
fugu sashimi
Masyarakat Jepun sudah lama memakan fugu iaitu sejenis ikan buntal sejak turun temurun. Ianya sangat merbahaya untuk dimakan kerana mengandungi racun tetrodoxine yang mana ianya boleh menyebabkan lumpuh dan masalah pernafasan. Jika ianya tidak disediakan mengikut prosedur yang betul, ianya boleh membunuh. Tukang masak di Jepun harus mempunyai sijil atau lesen dan menerima latihan selama tiga tahun untuk mengendalikan fugu. Dan fakta paling menarik, tiada penawar bagi racun ikan ini.

2. Sannakji @ Sotong Kurita Hidup
sotong kurita hidup
Setiap tahun, dianggarkan 6 orang mati akibat memakan Sannakji. Ini adalah kerana memakan Sannakji hidup-hidup boleh menyebabkan sotong itu melekapkan diri pada tekak dan para pemakannya boleh tercekik.

3. Casu Marzu @ Maggot Cheese
maggot cheese
Casu Marzu sebenarnya adalah sejenis cheese yang terdapat di Sardinia, Itali. Ianya diperam secara terbuka bagi mempercepatkan proses penapaian. Apabila ianya terdedah, serangga seperti lalat dengan senang hati bertelur di dalam cheese ini. Ada yang mengatakan, telur dan larva lalat itu boleh menambahkan perisa kepada cheese ini. Dan cheese ini dimakan bersama-sama larva lalat. Yang bahayanya, jika anda tidak mengunyah dengan betul, larva lalat yang masih hidup boleh memakan usus anda dan menyebabkan anda muntah dan kejang otot.

4. Ackee Plant
ackee plant 1
ackee plant
Buah ini memang terkenal di Jamaica. Malah merupakan salah satu makanan yang menjadi simbol kebudayaan disana. Akan tetapi, anda perlu berhati-hati semasa memakannya. Ini adalah kerana ia hanya boleh memakan bahagian warna kuning di dalam buah itu. Bahagian merah dan hitam itu boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah dan menyebabkan kekejuran.