Taman
rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagai Mimaland
mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu
sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In
Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di
Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam
beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.
|
mimaland 1 |
|
mimaland 2 |
|
mimaland 3 |
|
mimaland 4 |
|
mimaland 5 |
Fasa
pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah
motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama
Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang
mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu
mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan
pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya
iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan
semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu
digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai
beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk
merentas rimba.
|
mimaland 6 |
|
mimaland 7 |
|
mimaland 8 |
|
mimaland 9 |
|
mimaland 10 |
|
mimaland 11
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu
yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di
kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang
menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun.
Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak
Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan
papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994
pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang
berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air
lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut
ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh
beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan
kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta
menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan
kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada
meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa
beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat
selama-lamanya pada 1994.
Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
pintu masuk ke dalam taman tema mimaland kini tinggal kenangan
Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..
Antara petikan angker dari forum Cari
salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..
tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara
saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok
sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2..
pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa
tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11,
simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran..
termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin
keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak
baby dia.. mmg truk la dia nanes…
berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk
sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco..
kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu
penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh
ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma
lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my
family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..
peta mimaland
jalan ke mimaland ini dahulunya sibuk, kini hanya tinggal dalam kenangan dan menyeramkan
inilah wajah pintu masuk ke dalam alam angker pada masa kini
basikal air kini tinggal kenangan
kenderaan yang digunakan oleh taman tema mimaland pada suatu ketika dahulu
kenderaan taman tema mimaland yang sudah usang
pejabat taman tema mimaland yang kelihatan sangat usang dan menyeramkan
dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas
Info tambahan :
- Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Tuan Besar (1980), Mekanik (1983), Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
- Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation
|
pergh.... pernah baca artikel ni...memang menyeramkan rupa tempat tu lepas dah kena tinggal
ReplyDelete