albert enstein |
Siapa yang tak kenal
Albert Einstein? Sehingga kini ramai ilmuan yang terlalu kagum dengan
kepintaran luar biasanya yang menyebabkan dia pernah mendapat anugerah
Nobel.
Semasa kecil siapa akan menyangka seorang kanak-kanak
yang kelihatan bodoh dan lambat bercakap akan menjadi seorang
manusia yang paling pintar di dunia. Siapa yang menyangka
kanak-kanak pengidap autisme sepertinya dan sering dimarahi guru kerana
selalu lalai dalam pelajaran tapi hingga sekarang orang masih mengkaji
bagaimana dia menjadi secerdik itu apabila meningkat dewasa.
2. ADAM KHOO
adam khoo |
Merupakan warga Singapura.
Waktu kecil, khabarnya dia suka main video games dan menonton TV.
Sehari dia boleh berada berberjam-jam di depan TV tanpa jemu.
Di sekolah Adam Khoo digelar rakan sebagai budak bodoh. Dia pernah disingkirkan dari sekolah kerana keputusan peperiksaannya yang sangat teruk. Kerana tidak ada sekolah yang mahu menerimanya, dia terpaksa masuk ke sekolah yang mempunyai rekod terburuk di Singapura. Kemudian ketika mahu masuk ke sekolah menengah, dia ditolak oleh enam sekolah terbaik di Singapura kerana rekod akademiknya yang buruk.
Kegagalannya dalam akademik tidak melunturkan semangat juang Adam. Dia berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan dari peringkat bawah dengan cita-cita untuk menjadi orang kaya pada usia muda. Usaha bersungguh-sungguh Adam menampakkan hasil kerana ketika berusia 26 tahun dia telah memiliki empat perniagaan raksaksa dengan keseluruhan asetnya bernilai US$20 juta (RM60.21 juta).

3. ARISTOTLE ONASSIS
aristotle onassis |
Aristotle adalah jutawan
perkapalan Greece yang sangat terkemuka dengan kekayaannya yang sangat
luar biasa. Di zaman persekolahannya dia dikenali sebagai kanak-kanak
lembab di sekolah hingga pernah diusir dari beberapa sekolah. Di sekolah
pula dia cuma mendapat tempat tercorot dalam kelas.
Akhirnya melalui usaha kerasnya dalam bidang perkapalan, Aristotle muncul sebagai jutawan terkemuka Greece dengan nilai kekayaan USD 2.1 billion (RM6.32 bilion)
Akhirnya melalui usaha kerasnya dalam bidang perkapalan, Aristotle muncul sebagai jutawan terkemuka Greece dengan nilai kekayaan USD 2.1 billion (RM6.32 bilion)
4. THOMAS ALVA EDISON
thomas alva edison |
Suatu hari, seorang
kanak-kanak berusia 4 tahun yang telinganya sedikit pekak dan tak pintar
di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secebis kertas dari gurunya.
Ibunya membaca kertas tersebut:
"Tommy pelajar yang sangat bodoh di sekolah, kami minta ibu untuk memberitahunya supaya tidak perlu datang lagi ke sekolah ini."
Si ibu terkedu membaca surat dari sekolah itu, namun hatinya berkata, ”Anak aku Tommy bukan anak bodoh, biar aku sendiri yang mendidik dan mengajar dia.”
Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa anak kecil yang telinganya sedikit pekak dan bodoh juga mempunyai gejala Autisme ini hingga diminta meninggalkan sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang saintis genius. Siapa sangka bila besar Edison muncul sebagai saintis terkemuka dunia yang mencipta lampu, ponograf dan kamera. Jawabannya adalah ibunya. Ibunya Nancy Edison tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah bahawa anaknya bodoh, dia sebaliknya mendidik sendiri Thomas untuk menjadi seorang saintis yang paling genius. Tanpa budak yang separuh pekak ini kita mungkin masih menggunakan lilin untuk menerangi malam yang kelam.

5. CHRIS GARDNER
chris gardner |
Christoper Paul Gardner
juga tidak dilahirkan sebagai pelajar pintar ketika di sekolah.
Kehidupan masa mudanya sangat sukar. Kehilangan tempat tinggal, kerana
kemiskinan ditinggalkan isteri dan ditangkap polis kerana dituduh
mencuri. Walaupun dihina kerana tidak berpendidikan tinggi tapi dia
terus berusaha dan berjuang untuk memadamkan penderitaannya. Kini dia
menjadi seorang jutawan tersohor dunia melalui syarikat Gardner Rich
& Co, sebuah syarikat perusahaan saham yang terkenal.
ludwig van beethoven |
Ludwig Van Beethoven
berasal dari keluarga miskin. Kerana kemiskinannya, dia sendiri tidak
dapat belajar seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika usia Beethoven
menghampiri tiga puluhan, telinganya tidak dapat mendengar dengan baik.
Siapa sangka Beethoven yang tidak berpendidikan tinggi itu akhirnya
muncul sebagai komposer teragung dunia dengan alunan musik kelasik
ciptaanya yang sungguh merdu dan dimainkan oleh ahli-ahli musik sehingga
kini.
louis braille |
Louis Braille tidak
pernah bersekolah. Pada usia 3 tahun matanya pula buta. Tapi
keinginannya untuk menjadi manusia cerdik begitu kuat. Akhirnya dia
berjaya mencipta huruf untuk membantu orang buta membaca. Huruf yang
diciptanya dikenali sebagai huruf Braille mengambil sempena namanya.
Sekarang siapa yang tidak tahu mengenai huruf Braille.
8. ABRAHAM LINCOLN
abraham lincoln |
Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yagn benar-benar berani untuk gagal dan akhirnya dapat bangun untuk menebus kegagalannya. Lincoln berasal dari keluarga miskin Amerika dan tidak begitu pintar di awal persekolahannya. Beliau juga penghidap Autisme. Dalam kehidupannya dia sering gagal. Perniagaannya muflis, gagal untuk menjadi anggota Kongres dan pernah bertanding untuk menjadi presiden tetapi gagal.
Akhirnya pada tahun 1860 berkat usaha bersungguh-sungguhnya dia dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang paling berjaya dalam sejarah Amerika.
9. BILL GATES
bill gates |
Siapa tidak kenal Bill
Gates, William Henry Gates III, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates
bukanlah seorang yang pintar semasa di awal persekolahannya. Dia
memulakan kerjayanya dari peringkat paling rendah sebagai seorang
pembantu pejabat (office boy). Cemburu dengan kejayaan rakan-rakannya
dia berusaha keras untuk maju dan akhirnya bersama Paul Allen dia
menubuhkan rangkaian Microsoft dan muncul sebagai orang terkaya di dunia
selama 13 tahun berturut-turut (1995 hingga 2007). Jika di negara ini
ramai yang pencen sebagai Pembantu Pejabat, tapi Bill Gates dari seorang
Pembantu Pejabat menjadi seorang yang terkaya di dunia.
mark zuckerberg |
Mark juga bukanlah
terlalu pintar semas kecilnya. Tapi dia berusaha untuk membaiki
kelemahannya hingga dapat melanjutkan pelajarannya di Universiti
Harvard. Di Harvard dia mencipta sistem rangkaian yang menghubungkan
mahasiswa dan sedikit demi sedikit rangkaian itu dikembangkannya menjadi
Facebook. Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli
Facebook pada harga US$10 juta dan kemudian dari Yahoo yang juga mahu
membeli Facebook pada harga US$100 juta.
Kini tiada siapa menjangka Mark yang tidak pintar ketika kecil telah muncul sebagai billioaire tersohor ketika baru berusia 27 tahun.
Kini tiada siapa menjangka Mark yang tidak pintar ketika kecil telah muncul sebagai billioaire tersohor ketika baru berusia 27 tahun.
sumber
Entry yang sangat membantu. Terima kasih.
ReplyDelete