Pages

Monday 25 June 2012

Kenali Pengasas Makanan Dunia

1. KFC 1955 - Amerika Utara
Kolonel Harland Sanders ( 1890 )
2. Nestle 1866 – Germany

Henri Nestle (1814 – 1890)
3. Pepsi 1890 – USA 
Caleb Davis Bradham (1867 – 1934)
4. Lipton 1908 – UK
Sir Thomas Sullivan Lipton (1848 – 1931)
5. Ferrero Rocher 1946 – Italy
Pietro Ferrero
6.  Kellogg’s 1906 – USA

W.K. Kellogg (1860 – 1951)
7. Coca-cola 1888 – USA
John Pemberton (1831 – 1888)
 8. Mac McDonald's 1953 - California
Dick dan Mac McDonald
 sumber

Sunday 24 June 2012

Tunnel of Love (Kleven/ Ukraine)

Gambar-gambar kat bawah ni sebenarnya terowong kereta api. Terowong ni digelar Terowong Cinta (Tunnel of Love) dan ianya terletak di Kleven,Ukraine. Tempat ni memang betul-betul macam dalam cerita dongeng. Percaya atau tidak tempat nie memang betul-betul wujud.
Tunnel of Love 1
Tunnel of Love 2
Tunnel of Love 3


Tunnel of Love 4
Tunnel of Love 5
Tunnel of Love 6
Tunnel of Love 7

The Great Escape Tunnel 'Harry'

The Great Escape Tunnel 'Harry'
Stalag Luft III

Stalag Luft III merupakan sebuah kem tahanan yang dibina oleh tentera Nazi Jerman. Ia terdiri dari banyak tentera dan juruterbang tentera Bersekutu yang ditawan. Walaupun kem tahanan ini dikatakan dikawal ketat, namun tahanan-tahanan yang ada telah merancang untuk membebaskan diri. Lebih dari 600 tahanan telah merancang untuk melarikan diri dari tahanan di kem tersebut. Mereka telah mula menggali terowong.

Pada 24 Mac, 1944, perancangan yang telah diatur mula menampakkan kegagalan, sewaktu ini, mereka hanya berjaya loloskan diri seramai 77 orang yang akhirnya berjaya ditangkap kembali. Dari 77, hanya 3 berjaya hidup dan 50 tahanan yang ditangkap semula kemudiannya ditembak mati. Kalau anda nak tahu, kisah ini ada difilemkan pada tahun 1963, “The Great Escape” - pernah ditayangkan di tv Malaysia.

Pencipta Bendera Malaysia

Mohamed bin Hamzah
Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor. Allahyarham menamatkan persekolahan di English College ( Maktab Sultan Abu Bakar) dan mempunyai bakat dalam lukisan. Allahyarham  menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu Allahyarham berusia 29 tahun. Allahyarham meninggal dunia pada 19 Februari 1993, di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee.

Saturday 23 June 2012

Asal Usul Nama Negeri Sabah Di Bawah Bayu

bendera Negeri Sabah
Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.
 
Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
Pisang Sabah
Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

The Death Match

The Death Match
Kisah Sejarah Yang Tak Di Ketahui Umum!
Perlawanan Maut - Bola Sepak

Ia merupakan sebuah perlawanan bola sepak yang mengundang maut buat pasukan yang telah menang. "The Death Match" merupakan perlawanan bolasepak antara tahanan perang Russia, “FC Start”, yang menentang pasukan Jerman yang terdiri dari anggota Luftwaffe, “Flakelf”.

Perlawanan ini dibuat pada 9 Ogos, 1942, yang telah diadili oleh seorang pengadil dari tentera Waffen SS. Pengadil memang sangat berat sebelah sehinggakan membenarkan kepala penjaga gol pasukan Russia ditendang dan mengakibatkan kecederaan serius. Walaubagaimanapun, mereka telah menang 5-3. Perlawanan ini pernah difilemkan dan dilakonkan antaranya oleh Pele - Lagenda Bolasepak Dunia. (Saya tengok filem ini!!)

Kerana kemenangan tersebut, ahli pasukan FC Start telah diseksa oleh Gestapo, dan antara yang mati semasa ditahan oleh Gestapo ialah Mykola Korotkykh. Yang lainnya kemudian dihantar ke kem tahanan/buruh paksa Syrets, yang memperlihatkan Ivan Kuzmenko, Oleksey Klimenko, dan penjaga gol FC Start Mykola Trusevich dibunuh pada tahun 1943 (Februari).

Jalur Gemilang – Sejarah Yang Perlu Diketahui

Jalur Gemilang
JALUR GEMILANG yang dilihat hari ini sebenarnya telah pun wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaannya lagi. Sejarah merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan merekacipta bendera peringkat kebangsaan.

Melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan bagi mencari Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru seterusnya memilihnya sebagai lambang kewujudan kerajaan Persekutuan. Pertandingan ini telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Khas yang dibentuk dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 rekabentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan dan pada akhirnya hanya tiga rekabentuk bendera sahaja telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima manakala rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga pula menampilkan 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna putih di bahagian tepi kirinya.

(1918 – 1993)
Majlis Perundangan Persekutuan seterusnya menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail ketika itu. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga yang telah dicipta oleh seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor iaitu En. Mohamed bin Hamzah.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan telah dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah ketika itu yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kepada warna kuning bagi mewakili warna Diraja. Rekabentuk dengan pindaan ini telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu seperti berikut:

“That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet.”

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis pengibaran bendera yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor. Majlis yang berlangsung pada jam 9.30 pagi itu turut dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan para pegawai King George VI.

Bendera Malaysia Bertukar Nama

Pada 11 Julai 1995, Datuk Hashim Mat Idris telah mengemukakan usul kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar satu nama khas diberikan kepada Bendera Malaysia.

Pada 1 Julai 1996 pula, urusetia yang dibentuk untuk tujuan ini telah mengemukakan 75 cadangan beserta ulasan dan huraian. Tiga nama telah disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Walau bagaimanapun, tiga nama ini telah ditolak oleh Jemaah Menteri ketika bermesyuarat pada 11 September 1996.

Lalu 28 nama lagi dicadangkan pada 2 Jun 1997. Tiga nama telah disenaraipendekkan mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Akhirnya nama Jalur Gemilang telah dipilih sebagai nama khas kepada Bendera Malaysia menewaskan 28 cadangan yang telah dikemukakan seperti Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya. Nama ini telah diusulkan oleh seorang pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin.

Setelah 47 tahun digelar sebagai Bendera Malaysia, sempena hari ulangtahun kemerdekaan kali ke-40, pengisytiharan Jalur Gemilang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Maksud Nama, Lambang Dan Warna

JALUR – menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa jua bidang kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu-padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara sama ada di dalam atau di luar negara.

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan:

Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
Wilayah Persekutuan

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan sebagai tanda agama persekutuan iaitu Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Warna biru ini melambangkan rakyat yang bersatu-padu dan hidup dalam kerukunan dan kedamaian. Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Manakala warna putih pula melambangkan keluhuran budi dan keikhlasan hati. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Inilah Rompakan Terbesar Paling Berjaya

terowong yang digali untuk rompakan
Berlaku di Banco Central, Fortaleza BRAZIL pada 6 dan 7 Ogos 2005. Bank tersebut kehilangan lima kontena berisi wang not 50 yang jumlah keseluruhannya mencapai USD70.1 juta!.

Wang-wang tersebut adalah wang terpakai (nombor siri pada wang not tersebut bercampur-campur tidak mengikut nombor siri). Mustahil untuk polis untuk mengesan kembali penggunaan wang hasil rompakan terseut. Bank tersebut adalah bank yang membekalkan wang ke institusi bank lain di seluruh Brazil.

Modus Operandi

Tiga bulan sebelum rompakan, ahli rompakan ini menyewa satu tanah kosong berhampiran dengan bank dan menggali lubang dari lot tanah yang mereka sewa itu terus ke bawah bank sejauh 78 meter. Mereka juga telah mengubahsuai rumah yang mereka sewa itu dan buat sebuah papan tanda yang kononnya mereka menjalankan bisnes berkaitan lanskap,menjual tanah, pokok dan rumput. Mengikut jiran-jiran tetangga mereka kesemuanya seramai enam ke sepuluh orang.
Setiap hari mereka akan mengeluarkan tanah sebanyak mungkin dengan menggunakan van. Aktiviti mereka ini tidak menimbulkan syak wasangka dari jiran kerana merasakan yang aktiviti mengeluarkan tanah ini merupakan sebahagian dari aktiviti perniagaan menjual tanah.

Mereka menggali terowong sedalam 4 meter dan keluasan terowong itu sebesar 2.3 kaki dan lengkap dengan kemudahan lampu dan penghawa dingin. Lantai pula ditutupi dengan kayu dan plastik.

Pada minggu terakhir sebelum rompakan, mereka telah memecahkan dinding kebal yang diperbuat dari besi padu setebal 1.1 meter untuk masuk ke dalam bilik kebal. Wang yang mereka rompak itu bernilai USD70.1juta dan seberat 3500 kg!.

Siasatan telah dibuat dan polis mendapati para perompak ni terdiri daripada pakar matematik, jurutera dan galian. Mereka telah menggali semenjak bulan Mac 2005 yang lalu. Rumah yang mereka gunakan telah diselaputi tepung bagi mengelakkan cap jari dikesan.

Rompakan Keretapi Terbesar Dalam Sejarah ( 1963 )

Bridego Bridge
Bridego Bridge, tempat rompakan berlaku.
The Great Train Robbery adalah nama yang diberikan untuk sebuah rompakan keretapi terbesar dalam sejarah yang berlaku pada 8 Ogos 1963 di Cheddington, Buckinghamshire, England.

Keretapi Royal Mail dari Glasgow ke London dihentikan dengan cara merosakkan isyarat keretapi. Kumpulan yang terdiri daripada 15 orang ahli yang diketuai oleh Bruce Reynolds termasuk Ronnie Biggs, Charlie Wilson, Jimmy Hussey, John Wheater, Brian Field, Jimmy White, Tommy Wisbey, Gordon Goody dan Edwards Buster, berjaya melarikan diri dengan £2,6 juta bersamaan dengan £40 juta (US $ 80 juta) nilai wang pada tahun 2006.

Meskipun tidak ada senjata api yang digunakan dalam rompakan tersebut, beberapa anggota kumpulan telah memukul pemandu keretapi, Jack Mills, di kepala dengan menggunakan batang besi mengakibatkan beliau mengalami trauma akibat kejadian tersebut sepanjang hidupnya.

Semua ahli kumpulan itu telah ditangkap selepas polis menemui cap jari mereka di sebuah rumah persembunyian di Oxfordshire mengakibatkan mereka semua dibicara, dihukum dan dipenjara. Biggs dan Reynolds berjaya melarikan diri dari penjara selepas 15 bulan menjalani hukuman. Charlie Wilson melarikan diri dan tinggal di luar Montreal, Kanada. Wilson hidup bebas hinggalah isterinya membuat kesilapan apabila menelefon orang tuanya di England menyebabkan Scotland Yard berjaya mengesan mereka.

Pada bulan Mei 2001, Biggs yang berusia 71 tahun telah pulang ke England. Dia yang ketika itu menderita stroke menetapkan keinginannya untuk kembali ke England walaupun dipenjarakan.

Kisah Edwards Buster, yang melarikan diri ke Mexico tetapi menyerahkan diri telah diadaptasikan dalam filem Buster pada tahun 1988 yang dibintangi oleh Phil Collins sebagai pelakon utama.

Friday 22 June 2012

Kisah seram kaki pancing

gambar hiasan
Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

P/s : aishh, camne la gayanya sembahyang dengan pakai helmet ye?

sumber

Citer Lawak

gambar hiasan
Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2 
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci ........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5 
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?" Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA." So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP" Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun..  

Citer 6
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.. 
 

Misteri lorong sunyi

gambar hiasan
Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!
 

Thursday 21 June 2012

Majalah Terkecil Bernilai RM2.48 Juta Dipamerkan

Manuskrip majalah Young Men’s edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits, Paris.



Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi berita Reuters. Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya. – Agensi

Misteri Identiti Charlie Chaplin

Charlie Chaplin
LONDON – Apabila seorang pelakon komedi genius era 1920-an hingga 1940-an mencetuskan fenomena di seluruh dunia, ia menjadi satu kebanggaan kepada Britain.

Tetapi, kini identiti sebenar Charlie Chaplin @ Israel Thornstein mula dipersoalkan selepas perisik negara itu, M15 gagal membongkar maklumat peribadinya termasuk nama sebenar dan juga negara asal kelahirannya.

Teka-teki mula timbul selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan latar belakang pelakon mimik era filem bisu hitam putih itu yang meninggalkan negara itu pada 1952 selepas disyaki terlibat dengan rangkaian komunis.

Menurut beberapa dokumen awal, Chaplin dilahirkan pada 16 April 1889 di East Street, Walworth tetapi menerusi penemuan sijil kelahirannya di Somerset House di London, M15 merumuskan bahawa dia mungkin bukan berasal dari Britain kerana nama pada dokumen tersebut juga tidak sama seperti yang diketahui umum.

Hasil siasatan perisik M15 juga gagal mengesan tempat kelahiran sebenar Chaplin tetapi maklumat yang didedahkan oleh Arkib Kebangsaan menunjukkan pelakon yang meninggal dunia pada 1977 itu mungkin berasal dari Rusia kerana dia pernah menyatakan ‘mahu kembali semula ke Moscow’. 
 

Kisah Jeruk Mangga Cikgu Lina

gambar hiasan
Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang menyambut hari guru. Masing - masing berebut - rebut nak memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, Cikgu lina.

Apabila loceng tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Gigih untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah.

Tibalah giliran Leha, ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina.

Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu.

Maka
jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada lampu
tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda salah.

Dengan
tidak semena - mena, ada cecair yang meleleh dam menitis dari bucu
kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu
dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan merasa..
"Hmmmm.....masam. ...ha.... cikgu tau dah...kamu hadiahkan ccikgu jaruk
mangga ye. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya...

"Errrr....sebenarnya kan cikgu...saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Leha sambil bersedia nak blah......

p/s: adeh Sadis tol...cikgu dia rasa apa?? 

Kisah Ubat Anti Gempa Bumi

gambar hiasan
Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota, terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini, mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Satu minit berlalu...dua minit berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat itu.

Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya?

Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!! 

Kisah Sengal Laki Bini

gambar hiasan
Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sbnr nyr dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami : Nape ni yang?


Isteri : Sudahla bang..lepaskan saje saya ni!!

Suami : Eh..nape awak cakap camtu lak??

Isteri : Saya tahu..awak ade jumpe pompuan laen kan?

Suami : Eh...apa awak ckp ni?? (terkejut sbb bini macam dah tau perkara sebenar)

Isteri : Sudahla bang..sume nye dah terbukti...ade pompuan yg jwb tepon mase sy call awak...dah byk kali..

Suami : Eerr..aaa...ba..baik la..abg mengaku..abg ade pompuan len..tp..ape yg pompuan tu cakap kt awak?

Isteri : Huh..nyampah...mentang2 sy x tau omputeh...tp sy ade hafal ape yg dier ckp..

Suami : Dier ckp ape?

Isteri : Dier ckp.."The number u have call..cannot be reached at this momment..please try again"......asal sy tepon je..dier ckp camtu...da x reti ckp mende len agaknyer..pompuan camtu pon awak nak?

Suami : .......(dlm hati) alamak...nyesal pula ngaku tadi...


sumber 

Kisah Wak dan seekor unta

gambar hiasan
Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci. Pak Arab yang jaga unta tu kata,

"mudah saja, Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja 'alhamdulillah...' Bila mau berhenti, ucaplah 'aaaamiiiiiiiinnn'.

Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan

"alhamdulillahhhhh..."

Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan. Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan

"alhamdulillah"

berkali-kali dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan. Dalam cemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan

"Amin! Amin!Amin! "

berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan

"alhamdulillahhhhhhhh......." 

Lunch On Top OF a Skyscraper

"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932

Info: Gambar ini dirakam ketika sekumpulan pekerja binaan yang bekerja membina bangunan GE di New York sedang berehat sambil makan tengahari diaras 69 bangunan yang sedang dibina itu. Mereka hanya duduk sambil berjuntai kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan diatas 'girder' yang tingginya adalah beratus-ratus kaki dari permukaan bumi.

Jurufoto: Charles C. Ebbets

Bliss

"Bliss" - 2000
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Bliss" - 2000

Info: Gambar ini diambil di Napa County, California. Gambar ini menjadi bertambah popular diseluruh dunia apabila Microsoft Corporation menjadikannya sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan 'wallpaper' dalam produk generasi Windows XP mereka.

Jurugambar: Charles O'Rear

Tank Man Of Tiananmen

"Tank Man Of Tiananmen" - 1989
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Tank Man Of Tiananmen" - 1989

Info: Walaupun gambar ini berjaya menarik perhatian dunia, namun identiti lelaki yang bertindak berani menghalang kemaraan barisan kereta kebal tentera China di Dataran Tiananmen ini tidak pernah diketahui sehingga kini. Kejadian ini berlaku sehari selepas kerajaan China mengambil tindakan keras hingga mengorbankan ribuan nyawa penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah mahasiswa yang mahukan sistem demokrasi dipraktikkan sepenuhnya di China.

Jurugambar: Jeff Widener

Burning Monk

"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963

Info: Thich Quang Duc seorang sami Buddha dari Vietnam membakar dirinya hingga mati disebatang jalan yang sibuk di Saigon. Tindakan nekad itu diambilnya sebagai memprotes tindakan kerajaan Vietnam yang menganiaya sami-sami Buddha.
Beliau mahu Buddha diberikan hak yang sama seperti mana Katholik. Dalam masa yang sama beliau juga mahu sami Buddha dan rahib Katholik diberi hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing. Tahukah anda, semasa tubuhnya dimamah api sami berkenaan langsung tidak menggerakkan badannya? Tubuhnya kekal dalam kedudukan begitu sehingga rentung.

Jurugambar: Malcolm Browne

Omayra Sánchez

"Omayra Sánchez" - 1985
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Omayra Sánchez" - 1985


Info: Nama kanak-kanak dalam gambar ini ialah Omayra Sanchez. Dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa ketika letusan gunung berapi berlaku Nevado del Ruiz, Colombia yang mengorbankan 25,000 nyawa. Omayra telah terperangkap didalam air dan runtuhan sisa konkrit selama 3 hari. Dia meninggal dunia akibat gangren dan hipotermia tidak lama selepas gambar diatas dirakam. Kematian kanak-kanak tersebut mendedahkan tentang kegagalan pihak berkuasa Colombia untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tregedi letusan gunung berapi tersebut.

Jurugambar: Frank Fournier.

sumber

Portrait of Winston Churchill

"Portrait of Winston Churchill" - 1941
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Portrait of Winston Churchill" - 1941
Info: Gambar ini diambil ketika Winston Churchill berkunjung ke Ottawa, Kanada. Gambar ini membuat jurugambar yang merakamkannya menjadi popular dan terkenal dan dianggap sebagai jurugambar potret terbaik pada masa itu. Harga untuk mendapatkan khidmat jurugambar berkenaan turut naik dengan mendadak.
Jurugambar: Yousuf Karsh.

sumber 

Stricken Child Crowling Towards a Food Camp

"Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" - 1994
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" - 1994

Info: Gambar kanak-kanak ini diambil di Sudan ketika negara tersebut dilanda bencana kebuluran. Ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang merangkak menuju ke sebuah pusat bantuan makanan PBB. Seekor burung nasar berdiri berhampiran kanak-kanak berkenaan...menunggunya mati sebelum dimakan. Gambar ini memberi kejutan diseluruh dunia. Tiada siapa yang tahu nasib kanak-kanak berkenaan selepas itu kerana jurugambar yang merakamkannya bertindak meninggalkan tempat berkenaan sejurus selepas mengambil gambar tersebut. Tahukah anda, jurugambar yang merakamkan gambar ini membunuh diri 3 bulan selepas itu akibat tertekan? Mungkin jurugambar ini rasa bersalah kerana tidak membantu kanak-kanak itu. Gambar ini mendapat anugerah Pulitzer.

Jurugambar: Kevin Carter

Fire on Marlborough Street

"Fire on Marlborough Street" - 1975

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Fire on Marlborough Street" - 1975

Info: Akibat panik kerana rumah yang mereka diami terbakar, Diana Bryant mengambil tindakan nekad untuk terjun menyelamatkan diri bersama-sama anaknya yang masih kecil. Dia terbunuh dalam kejadian itu namun anaknya terselamat kerana berjaya disambut oleh anggota bomba yang berada dibawah bangunan berkenaan. Tragedi malang yang menimpa Diana Bryant telah menyebabkan prosuder serta kaedah menyelamat dan memadam kebakaran yang dipraktikkan ketika itu dikaji semula. Gambar ini turut mendapat anugerah Pulitzer.

Jurugambar: Stanley J. Forman

Anak Ular Berkepala Naga

Anak ular berkepala naga
Anak Ular Berkepala Naga Pula Ditemui

Seekor anak ular dilahirkan dalam keadaan mempunyai sifat anggota badan yang pelik. Anak ular pelik tersebut dikenali sebagai ular berkepala naga. Ular naga ini lebih dikenali Dragon mungkin selama ini dianggap simbol bagi kebanyakan masyarakat di cina. Cuba tengok di kedai emas pasti kebanyakan dompet atau ikon labelnya gambar naga, begitu juga tahun naga dianggap tahun keberuntungan kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun naga.

Tetapi gambar unik seekor anak ular berkepala naga ini mempunyai berukuran sama dengan jari manusia bermakna bukan la dongeng, anda cuba lihat di bahagian tanduk ular pelik ini, tidak ubah seperti seekor naga.

p/s: tidak diketahui sama ada benar atau tidak

Wall Gum

Wall Gum
Kawasan Wall Gum Seattle ini merupakan salah satu tarikan pelancongan di Amerika Syarikat. Namun yang demikian, kawasan ini juga dikatakan medan penyebaran bermacam-macam jenis Virus. Terletak di Post Alley di bawah Market Place Park, Wall Gum telah diwujudkan pada seawal tahun 1990an. Ia bermula apabila rakyat jemu menunggu untuk mendapatkan tiket teater sehinggakan mereka mula buat perangai MELEKATKAN GULA GETAH di dinding bangunan berkenaan. Pada mulanya mereka melekatkan gula getah yang telah dikunyah dengan sekeping syiling sekali. Tetapi dalam masa yang sama, syiling-syiling tersebut telah dicuri dan tradisi melekatkan gula getah masih diteruskan. Atendan kebersihan bangunan teater ini pernah membersihkan benda meloyakan ini, tetapi akhirnya menemui jalan buntu sebab masih ada yang bersikap demikian. Akhirnya pada tahun 1999, kawasan ini telah diperakui sebagai salah satu tarikan pelancongan di Seattle. Dinding di lorong ini dipenuhi dengan pelbagai jenis warna gula getah dn dalam masa yang sama juga terdapat pelbagai bentuk yang telah direka oleh mereka. Ada juga yang melabelkan kawasan ini sebagai kawasan ekspresi seni gula getah.

7 Fakta Menarik Mengenai Menara Jam Mekah

Jam yang terbesar di dunia
Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam.

Kalau korang nak tau ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai Menara Jam Mekah:

1- Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

2- Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya.

3- Setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).

4 - Cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.

5 - Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.

6 -Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam.

7 - Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion).

sumber 

CEO termuda di dunia

Sindhuja Rajaraman
CEO termuda di dunia

Sindhuja Rajaraman, seorang gadis berusia 14 tahun telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang termuda di dunia. Pelajar standard sembilan itu menjadi ketua Syarikat Seppan, sebuah firma animasi, pada bulan Oktober 2010, yang ditubuhkan oleh bapanya.

Dia dihakimkan sebagai animator terpantas 2D dan 3D dengan perisian lobi NASSCOM (National Association of Software and Services Companies) di Gaming and Animation Conclave 2010 yang diadakan di Hyderabad. Rajaraman berkata: "Saya bangga menjadi animator."

Akan menjadi ledakan besar di India dan semua industri akan terlibat dengan animasi, mereka perlu animasi dan multimedia. Saya menikmati kerja ini dan saya juga mendapat kerja-kerja yang mencabar," tambah beliau.

Syarikat itu mempunyai 160 pekerja. 

sumber

Komputer Tablet Paling Murah Di Dunia

Komputer tablet
Syarikat teknologi British mendakwa telah membangunkan komputer tablet paling murah di dunia untuk akses internet tanpa wayar (wireless).

Pada kos serendah US $35 (S$44) seunit, Datawind berharap untuk membekalkan ia ke pasaran berbilion pelanggan, khususnya di negara-negara mundur.

Tablet pelajar dikeluarkan pada bulan Oktober , tetapi Datawind mengeluarkan versi terkini komputer tablet Aakash bulan ini untuk pasaran komersial yang berharga US $50. Ia tampil dengan ciri-ciri yang lebih dari sebelumnya.

Aakash adalah perkataan Hindi untuk 'syurga'. Tablet Aakash menemui pengguna pertama mereka di bawah program teknologi maklumat yang ditaja oleh kerajaan India.

sumber

Mengapa penjara Pudu di tutup

Penjara Pudu


Ohh Baru Tahu...

SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaa ... "

Terima kasih kerana sudi membaca.

Enjoy...hehe

sumber