 |
| 25 jenama terkenal di seluruh dunia |
1. Coca-Cola
Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah
dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas
syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John
Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam
golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di
medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi
pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk
penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut
permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika
Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan
minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di
kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan
tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian
orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu
itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak
menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan
terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5
bilion.
2. IBM
Akronim syarikat ini sangat mudah untuk diingati dan sekilas pandang
rata-rata akan terus teringatkan sistem komputer di pejabat. Bagaimana
pula kisah permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama yang ke
dua terkenal antarabangsa pada tahun 2010? Sejarah penubuhan IBM bermula
lebih awal sebelum komputer dicipta. Sekitar 1890-an Herman Hollerith
telah mencipta peranti elektrik untuk ringkasan maklumat yang
kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data perakaunan. Pada hari
ini contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah mesin punch
card. Hollerith sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik
yang hendak diguna pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada
tahun 1890. Kejayaan yang dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak
kejayaan peranti elektrik ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat
berlaku pada tahun 1911. Individu yang bertanggungjawab keatas kejayaan
penggabungan dan seterusnya penubuhan IBM bernama Thomas J. Watson Sr.
3. Microsoft
Microsoft menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa
2010. Bill Gates dan sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada
tahun 1975. Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses
kepada komputer. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen
diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil
untuk berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah virus
komputer. Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada
komputer tanpa had masa sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan
pelajaran di universiti tersohor di Amerika Syarikat iaitu Havard
University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk
keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer
dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan
untuk memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem
operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua
jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang
kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft
bernilai AS60.9 bilion pada hari ini!
4. Google
Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey
Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal
berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6
bilion. Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer
berkolaborasi untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkan
BackRub. Seterusnya nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu
nama yang diadaptasi daripada Googolyang bermaksud nombor 1 diikuti 100
kali nombor 0 dibelakangnya. Pada awalnya Google beroperasi menggunakan
kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus
berusaha memajukan Google walaupun merasa tertekan dan mengganggu
pelajaran dan pencapaian di universiti. Pada tahun 1998 mereka mendapat
bayaran untuk bekerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah
seorang rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk
menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu.
Akhirnya sekitar tahun 1999,Google mendapat tawaran dana tambahan
sebanyak AS25 juta.
5. GE (General Electric Company)
Pada tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal di Menlo Park, New Jersey
untuk mencipta mentol lampu. Banyak lagi produk elektrik yang dicipta
beliau dibawah jenama Edison General Electric Company. Kini GE bernilai
AS42.8 bilion.
6. McDonald
Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan
perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu. Ketika
itu kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun
beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada hanya sembilan iaitu
pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai
supaya mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan. Dalam
tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk
menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan
McDonaldkafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500
buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari iniMcDonald
mempunyai 32,000 rangakaian restoran. Satu fakta yang agak menarik
tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman temaDisney) yang berkawan
sekitar tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam
taman tema Disney tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang
goreng dinaikkan sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan.
Kroc mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu
menipu pelanggan setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran
McDonald tidak dibuka di taman tema Disney.
7. Intel
Pengasas Intel ialah Gordon E. Moore dan Robert Noyce. Jenama ini
sekarang dinilaikan sebanyak AS32.0 bilion. Pada tahun 1968, Moore dan
Noyce meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk memulakan
syarikat mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro. Moore Noyce
adalah nama yang pertama digunakan. Kemudiannya menukar nama tersebut
kepada Integrated Electronicsatau Intel. Walaupun mengetahui penggunaan
silikon adalah mahal, mereka masih meneruskan penggunaan silikon untuk
menghasilkan produk yang berlainan. IBM menggunakan cip Intel untuk
komputer pada tahun 1981.
8. Nokia
Nokia bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk
berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang anak jati Finland telah membina
kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun
1865. Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan
dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan
menghasilkan kertas dengan harga yang murah. Proses ini merupakan suatu
revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu. Fredrik
memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867. Selepas
satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa
syarikat,Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi
mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. Kini Nokia bernilai kira-kira
AS29.5 bilion.
9. Disney
Pada tahun 1923, Walt Disney pada waktu berusia 23 tahun berhijrah ke
California untuk menjual sebuah cerita kartun Alice in the Wonderland.
Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju
untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”.Setelah berjaya dengan siri
tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karaktor kartun
yang lain. Karaktor Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian
seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini
Disney mempunyai taman tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai
AS28.7 bilion.
10. Hewlett Packard (HP)
Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas Hewlett Packard. David
memulakan kerjaya di General Electric Company (GE)manakala Bill
meneruskan pengajian di universiti. Pada tahun 1937, David melawat Bill
dan berjaya meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk
bekerja bersamanya menubuhkan HP. Dalam tahun 1939, produk HP pertama
dihasilkan. Salah satu pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang
membeli produk HPuntuk membangunkan sistem bunyi yang canggih untuk
tayangan popularnya Fantasia! Kini HP bernilai AS26.9 bilion.
11. Toyota
Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda
mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk menghasilkan
tekstail. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk
membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak
lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk
menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota
menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta
penumpang pada tahun1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.
12. Mercedes Benz
Dilahirkan di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb Daimler merupakan pengasas
Mercedes Benz. Ia bermula pada tahun 1886 apabila Karl mencipta
automobil pertama yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang
bermotor. Beberapa bulan kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang
berlainan menghasilkan jentera empat roda yang bermotorkan enjin
Daimler. Mereka tidak menyedari tentang hasil masing-masing. Hanya 40
tahun kemudian Mercedes-Daimlerdilahirkan apabila mereka bergabung. Kini
nilai Mercedes-Benzmencecah AS25.2 bilion.
13. Gillette
King Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja
selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut perlu membeli
penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk
produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki
memerlukan pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu,
King telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti
manakala pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901,
penjualan pisau cukur Gillettemeningkat hingga jenama tersebut kini
bernilai AS23.3 bilion.
14. CISCO
Leonard Bosack dan isterinya Sandra Lerner mencipta teknologi untuk
berkomukasi pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi antara
satu sama lain. Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan
untuk memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”. Cisco
adalah singkatan kepada San Francisco. Kini nilai Cisco mencecah AS23.2
bilion.
15. BMW
Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang kini bernilai AS22.3 bilion
dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya adalah hasil daripada beberapa
penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan pengeluar enjin kapal
terbang. Logo BMW adalah lambang kipas kapal terbang. Selepas perang
dunia pertama, BMW terpaksa menghentikan pengeluaran enjin kapal
terbang. Mereka mengalihkan produksi kepada motosikal pada tahun 1923
dan kereta pada tahun 1928.
16. Louis Vuitton
Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris
dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke
Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean
III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang
(“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis
membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai
AS21.9 bilion.
17. Apple
Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple.
Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina
komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan
sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan.
Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam
Apple.
18. Marlboro
Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual
rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk
wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok
berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila
merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.
19. Samsung
Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee
Byung-chul pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat
Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa
meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak
pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang
bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan
polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an.
Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di
Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan
barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa
pemerintahan Presiden Park Chung-hee.
20. Honda
Sejak usia muda Soichiro Honda sangat berminat tentang dunia automobil.
Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan membuat reka bentuk
baru untuk omboh kereta. Reka bentuk pertamanya ditolak oleh syarikat
Toyota. Sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang kemas
isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan
akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya. Kilang omboh
dibuka tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi
memusnahkan usaha Soichiro. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol
bekurangan dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua
omboh pada motosikalnya pula. Kemudiannya Soichiro mengumpul dana
daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan membina
motosikalHonda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar
terbesar motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.
21. Hennes & Mauritz (H&M)
H&M diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide
untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat
selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk
hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss
yang menghasilkan pakaian untuk lelaki.H&M adalah hasil selepas
penggabungan tersebut. Kini H&M bernilai AS16.1 bilion.
22. Oracle
Larry Ellison membaca laporan mengenai pengkalan data pada tahun 1970
yang ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah menjentik minda beliau bahawa
ada satu peluang besar menanti dalam sistem pengurusan pengakalan data.
Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha untuk membangunkan
Software Development Laboratories(“SDL”) dengan Bob MMiner dan Ed Oates.
Selepas menukar nama syarikat selama tiga kali, Oracle adalah pembekal
terbesar perisian untuk dunia perniagaan yang kini bernilai AS14.9
bilion.
23. Pepsi
Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli farmasi dan mempunyai kedai
ubat mencipta resipi baru untuk minuman yang dinamakan “Brad’s Drink”.
Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi
dikatakan boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta
meningkatkan tenaga si peminum. Pada tahun 1903, Bradham menukar nama
minuman kepada Pepsi -Cola dan memulakan kerja pembotolan di gudang
sewaan. Tahun 1909 merupakan satu tahun keramat yang melonjak naik nama
Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola adalah
minuman yang menyegarkan dan sesuatu yang harus di ambil sebelum beliau
memulakan perlumbaan. Namun begitu Bradham mengalami kegagalan dalam
perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an sehingga beliau diistihar
bankrup. Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan kembali nama Pepsi
setelah memperkenalkan saiz botol minuman yang baru. Sehingga kini Pepsi
diberi nilai AS14.1 bilion.
24. American Express (AMEX)
Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas
kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama
iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya
mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah
AS13.9 bilion.
25. Nike
Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan
untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun Knight bertemu pembuat
kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti, Knight bersetuju
untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat. Untuk
memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan syarikat yang
diberi nama Blue Ribbon Sports(“BRS”). Pada akhir tahun 1963 pesanan
kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight
memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula
disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang
apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula
tahun 1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang
membolehkan pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan
antara BRS dan Tiger berakhir sekitar tahun 1971 dan bertititik tolak
dari waktu itu Knight dan Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri
iaitu Nikesempena dewi kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7
bilion.