Pages

Saturday 22 September 2012

Fakta-Fakta Menarik Tentang Hang Tuah

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. )[1] Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.

Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato’ Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Siapakah wanita yang bernama Tun Teja ini. Seliau adalah anak kepada Bendahara Pahang pada ketika itu. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah “Tak Melayu hilang di dunia” yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.
 
Fakta-Fakta Menarik Tentang Hang Tuah:

  • Menurut 1 kajian Hang Tuah 5 bersaudara bukannya berbangsa melayu,tetapi berbangsa cina dan berketurunan dari rombongan Puteri Hang Li Poh dan pengikutnya yang seramai 500 orang ke Melaka suatu ketika dahulu. Nama cina mereka ialah Hang Tuah berbunyi Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Hanya Hang Kasturi sahaja yang dikatakan berbangsa melayu pangkal nama Hang oleh kasturi adalah kerana beliau selalu bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po dan digelar Hang Kasturi.
  • Kisah Hang Tuah pernah di bukukan dalam bahasa Inggeris oleh W.G. Shellabear pada tahun 1977 yang bertajuk “The Adventures Of Hang Tuah”
  • Terdapat sebuah perigi di Melaka dinamakan perigi Hang Tuah
  • Terdapat 2 tempat kewujudan kesan tapak kaki di atas batu besar dikaitkan pula dengan sejarah apabila ada dakwaan mengatakan tapak kaki tersebut milik Hang Tuah. Di Tanjung Tuan Port Dickson dan Gunung Datuk Di Rembau.
  • Hang Tuah dikatakan berkebolehan dalam bidang seni tari yang mana dalam satu kisah menerusi hikayat ada dinyatakan bahawa keasyikan melihat Hang Tuah menunjukkan tariannya membuatkan ramai para hulubalang Majapahit leka sehingga terlupa untuk menikam Hang Tuah secara curi
  • Dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Tanjung Kling, namun begitu penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun tidak tahu dimanakah kuburnya.
  • Nama Keris Taming Sari milik Hang Tuah sebenarnya adalah milik seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit yang kalah bertarung dengan Hang Tuah. Pendekar Jawa tersebut bernama Taming Sari.
  • Hang Tuah dan Hang Jebat di ceritakan bertarung selama 7 hari 7 malam, dan akhirnya Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah.
  • Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang bersama-sama Tun Mamat dan beberapa orang lain.Oleh kerana umur yang telah tua untuk ke puncak Gunung Ledang,Dengan itu, tugasnya diserahkan kepada Tun Mamat.
sumber

4 Jenis Makanan Paling Merbahaya Untuk Di Makan

Masakan mempunyai pelbagai cara dan aneka, tak hairanlah ramai yang mencuba sesuatu yang baru termasuk memasak dan memakan sajian yang paling merbahaya untuk dimakan.

Ada beberapa makanan yang boleh dikatakan bahaya untuk dimakan kerana sumbernya memang bahaya jika tersalah makan. Antaranya adalah:

1. Fugu @ Ikan Buntal
ikan buntal
fugu sashimi
Masyarakat Jepun sudah lama memakan fugu iaitu sejenis ikan buntal sejak turun temurun. Ianya sangat merbahaya untuk dimakan kerana mengandungi racun tetrodoxine yang mana ianya boleh menyebabkan lumpuh dan masalah pernafasan. Jika ianya tidak disediakan mengikut prosedur yang betul, ianya boleh membunuh. Tukang masak di Jepun harus mempunyai sijil atau lesen dan menerima latihan selama tiga tahun untuk mengendalikan fugu. Dan fakta paling menarik, tiada penawar bagi racun ikan ini.

2. Sannakji @ Sotong Kurita Hidup
sotong kurita hidup
Setiap tahun, dianggarkan 6 orang mati akibat memakan Sannakji. Ini adalah kerana memakan Sannakji hidup-hidup boleh menyebabkan sotong itu melekapkan diri pada tekak dan para pemakannya boleh tercekik.

3. Casu Marzu @ Maggot Cheese
maggot cheese
Casu Marzu sebenarnya adalah sejenis cheese yang terdapat di Sardinia, Itali. Ianya diperam secara terbuka bagi mempercepatkan proses penapaian. Apabila ianya terdedah, serangga seperti lalat dengan senang hati bertelur di dalam cheese ini. Ada yang mengatakan, telur dan larva lalat itu boleh menambahkan perisa kepada cheese ini. Dan cheese ini dimakan bersama-sama larva lalat. Yang bahayanya, jika anda tidak mengunyah dengan betul, larva lalat yang masih hidup boleh memakan usus anda dan menyebabkan anda muntah dan kejang otot.

4. Ackee Plant
ackee plant 1
ackee plant
Buah ini memang terkenal di Jamaica. Malah merupakan salah satu makanan yang menjadi simbol kebudayaan disana. Akan tetapi, anda perlu berhati-hati semasa memakannya. Ini adalah kerana ia hanya boleh memakan bahagian warna kuning di dalam buah itu. Bahagian merah dan hitam itu boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah dan menyebabkan kekejuran.

Wednesday 5 September 2012

Luar Biasa! Penglihatan Mata Gadis Ini Seperti Xray

dari kanan Laura Castro, doktor
Jika kita menonton filem superhero, ada yang dikurniakan kelebihan penglihatan mata untuk menembusi sesuatu benda. Namun itu cerita fantasi. Tetapi yang realitinya ia benar-benar wujud apabila seorang remaja yang berusia 14 tahun Laura Castro yang dilahirkan normal seperti orang lain telah dikejutkan dengan perubahan pada matanya. Pada usia 10 tahun matanya menjadi putih semuanya dan bahagian hitam sudah tidak kelihatan. Hal ini juga pernah terjadi kepada seorang kanak-kanak kecil yang memiliki mata seperti kucing (LINK). Doktor masih tidak dapat memberi penjelasan mengenai penyakit ini.

Menurut ibunya, anaknya dapat melihat semua di kawasan terang mahupun gelap tanpa ada masalah. Selain itu lebih menakjubkan adalah anaknya boleh Tembus Pandangannya pada benda yang padat seperti dinding, melihat dalam kereta dari jauh macam seorang superhero.

Dia boleh tahu apa yang berlaku disebalik dinding atau bahan yang digunakan untuk membuat dinding tersebut seperti bata dan kayu. Semuanya berlaku pada satu pagi apabila dia bangun , dia terkejut kerana dia dapat tembus pandang tubuhnya sendiri dan melihat jantung serta bahagian bahagian lain.