epal |
Antara kelebihan epal adalah:
- Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
- Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Melindungi sendi tulang.
- Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
- Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
- Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
- Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
- Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan
kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian,
setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu
yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”
Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit
supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di
dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.
Petua Membuang Toksid
Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri. Amalkan
meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta
membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau
merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai
masalah sembelit atau penghadaman. Jus ini juga dikatakan sesuai untuk orang
yang sedang berdiet dan mempunyai masalah darah tinggi. Tapi tidak digalakkan
minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali seminggu.
Dengan panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti
epal, yang bukan sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan!
Menurut saintis, epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan
kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut
dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai
anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel yang
menyebabkan penyakit.
Kandungan Sebiji Epal :
- Asid Malik dan tartaric
- Pektin
- Flavonoid
The blog was in achievement fantastic! Lots of abounding admonition and inspiration, both of which we all need!
ReplyDeleteHealthCare CPA