bendera Negeri Sabah |
Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North
Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan
Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri
masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946
dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam
Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September
1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi
Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu
dikenali sebagai Jesselton.
Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang
yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang
sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di
sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga
dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
Pisang Sabah |
Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara'
secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali
digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada
tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo
sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai
"BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.
No comments:
Post a Comment