Charlie Chaplin |
LONDON – Apabila seorang pelakon komedi genius era 1920-an hingga
1940-an mencetuskan fenomena di seluruh dunia, ia menjadi satu
kebanggaan kepada Britain.
Tetapi, kini identiti sebenar Charlie Chaplin @ Israel Thornstein mula dipersoalkan selepas perisik negara itu, M15 gagal membongkar maklumat peribadinya termasuk nama sebenar dan juga negara asal kelahirannya.
Teka-teki mula timbul selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan latar belakang pelakon mimik era filem bisu hitam putih itu yang meninggalkan negara itu pada 1952 selepas disyaki terlibat dengan rangkaian komunis.

Menurut beberapa dokumen awal, Chaplin dilahirkan pada 16 April 1889 di
East Street, Walworth tetapi menerusi penemuan sijil kelahirannya di
Somerset House di London, M15 merumuskan bahawa dia mungkin bukan
berasal dari Britain kerana nama pada dokumen tersebut juga tidak sama
seperti yang diketahui umum.
Hasil siasatan perisik M15 juga gagal mengesan tempat kelahiran sebenar Chaplin tetapi maklumat yang didedahkan oleh Arkib Kebangsaan menunjukkan pelakon yang meninggal dunia pada 1977 itu mungkin berasal dari Rusia kerana dia pernah menyatakan ‘mahu kembali semula ke Moscow’.

No comments:
Post a Comment