gambar hiasan |
1. Makna puasa.
Puasa dalam bahasa arab disebut “shoum” atau “shiyam” . Kata al
Raghib: “Shoum” pada asalnya bermakna menahan diri dari perbuatan samada
makan, bercakap atau berjalan. Justeru dikatakan kepada kuda yang
enggan berjalan atau makan “sho’im” (yang berpuasa). “Shoum” juga
digunakan untuk diam atau enggan bercakap.
فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَداً فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيّاً
“
Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah:
Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman;
(setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata
kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini ”. Surah
Maryam:26.
Puasa
menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari
perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan
dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh
seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid
dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga
terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat
untuk mendapat perkenan Allah swt ).
Sebahagian
ulama’ menta’rifkan puasa sebagai : “ menahan diri dari syahawat mulut (
makan dan minum ) dan syahawat kemaluan ( jima’ ) dan yang seumpama
keduanya, kerana melawan hawa nafsu dan taat kepada Allah swt di
keseluruhan waktu siang, dengan niat sebelum terbit fajar atau
bersamanya, pada hari-hari yang bukan hari haid dan nifas atau hari-hari
raya.”
Ta’rif
lain pula menyebut: ” iaitu beribadat kepada Allah dengan menahan diri
dari makan, minum dan segala yang membatalkan puasa bermula terbitnya
fajar sehingga tenggelam matahari”.
2. Makna Ramadhan
Ibnu
faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “
ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan
lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya
matahari”.
Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”.
Kata
assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan
pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas.
Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.”
Al
Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan
:” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar
dosa-dosa dan menyahkannya”.
a) Bulan sabar.
Ini berdasarkan hadith ;
صوم شهر الصبر وثلاثة أيام من كل شهر تعدل صوم الدهر
Sabda Rasulullah saw : “ Berpuasa pada bulan sabar dan tiga hari dari setiap bulan adalah menyamai puasa setahun”
b) Bulan al Muawasah ( kasihan belas ).
Ini berdasarkan hadith ;
وهو شهر المواساة
“ Ia adalah bulan berbelas kasihan “.
c) Penghulu segala bulan.
Ini berdasarkan hadith ;
سيد الشهور شهر رمضان
“ penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan”
d) Bulan puasa.
Kata Abu zaid allughawi;
أقمت بالبصرة صومين أي رمضانين
“ Aku tinggal di Basrah selama dua kali bulan puasa (Ramadhan ).
e) Bulan Siyahah .
Berdasarkan tafsir para sahabat antaranya Abu Hurairah, Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA bagi ayat
112 : surah attaubah
التَّائِبُونَ
الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ
الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ
لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka
itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji
Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat
kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga
batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman
(yang bersifat demikian).
mereka menyebut;
السائحون أي الصائمون
Assa’ihun adalah orang yang berpuasa.
عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم سئل عن شهر رمضان فقال : " أرمض الله فيه ذنوب المؤمنين فغفرها لهم "
Dari
Aishah ra dari Nabi SAW baginda ditanya tentang bulan ramadhan, lalu
baginda saw menjawab : “ Allah membakar padanya dosa orang beriman lalu
diampunkan untuk mereka segala dosa-dosa itu.” Diriwayatkan oleh al
ashbahani dan al muallimiy menyebut bahawa ianya maudhu’ (palsu).
عن أنس رضي الله عنه ، وفيه : " إنما سمي رمضان لأنه يرمض الذنوب "
Dari Anas ra pula meriwayatkan satu hadith yang antara kandungannya: “ Sesungguhnya dinamakan Ramdan kerana ianya membakar dosa-dosa”. Diriwayatkan oleh al ashbahani dan ibnu Mardawaih pada sanad ada perawi pembohong.
sumber
No comments:
Post a Comment