Manuskrip majalah Young Men’s edisi kedua yang mengandungi 4,000
patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis
novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun
pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits, Paris.
Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta)
dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi
berita Reuters. Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia
imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya. – Agensi
No comments:
Post a Comment